Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t...

Last week...

"ok, minggu nie, korang baca text nie... 'MEDIAS, POUVOIRS ET STRATEGIES' oleh Francois-Bernard Huyghe" kata tutor saya. (in french of course)

Reaksi saya selepas baca article nie...

"Wah, menarik! walaupun pening2 sikit"

Dan reaksi rakan sekelas selepas saya suarakan kat mereka...

"Otak kau memang linguistik laa"

Hehe... saya tak tau laa otak saya linguistik ker tak. Yang menyebabkan saya suka text nie, saya dapat relate kan dengan banyak aspek yang saya belajar berkaitan dengan Islam.

Saya quote salah satu perenggan dalam text yang saya baca yer:

"...toute strategie de l'information doit occuper du temps, donc, de l'attention, et gagner un monopole... dans le domaine de la parole ou de la representation. Par ailleurs, le pouvoir de l'information reside aussi dans sa capacite de dechainer des sentiments, de rassembler des communautes partageant les memes emotions... Soit l'exemple de la musique-... elle peut s'integrer a une strategie... de l'effet "subversif" que peut exercer une certaine musique dans un certain contexte culturel(.. musique occidentales dans le monde islamique...)"

Kepada sesiapa yang membaca dalam french, minta maaf atas ketiadaan accents. huhu... Saya suka ayat terakhir tue... saya terangkan sikit2 apa yang dia cakap ek:

Dia kata, strategy of information, keje dia, "mengisi" waktu kita dengan tarik perhatian kita dan monopoli kita. the power of information nie juga berhubung kait dengan kemampuannya untuk membangkitkan/ melepaskan perasaan kita. Contohnya, muzik. Diorang menggunakan effect "subversif"(iaitu effect yang melanggar aturan yang dah sedia ada). Seperti memperkenalkan muzik barat ke dalam dunia islam.

Bila saya baca perenggan nie, terus saya teringat tentang Ghazwul Fikri (GF).

Korang tahu tak apa itu ghazwul fikri?

Kepada yang tak tahu, ghazwul fikri nie adalah perang pemikiran. Dia menyebarkan jahiliyah kat dalam diri kita. (Jahiliyah adalah perkara2 yang bathil, yang bukan kebenaran) Ada pendapat mengatakan GF nie berlaku sejak zaman nabi adam lagi. Di mana ketika nabi Adam dan Hawa di goda oleh syaitan untuk makan buah khuldi. Ghazwul fikri nie berlaku tanpa kita sedari.

Dalam sejarah islam sendiri, ada satu peristiwa GF yang sangat diingati. Mungkin boleh dikatakan permulaan berleluasanya GF nie. Iaitu cerita tentang Louis IX (Raja Perancis). Pada tahun 1249 Masihi, Louis IX ditangkap dan dikurung di Baitul Luqman di Mansuro, Mesir. Semasa di dalam penjara, dia berfikir, kenapalah ummat Islam nie sangat kuat bila berperang, susah nak kalahkan. (yelaa, orang Islam berperang untuk mati syahid, diorang pulak berperang untuk hidup, mestilah Islam lagi kuat). So, dia ambil kesempatan duduk dalam penjara tue untuk melihat sendiri kehidupan orang2 Islam. Dan dia membuat kesimpulan yang ummat Islam nie tak boleh dijatuhkan dengan kekuatan material semata-mata, mereka perlu dijauhkan dari Islam. Eh ben, dengan menularkan perang pemikiran nie laa.
Louis IX nie dibebaskan dengan penukaran emas seberat tubuhnya.

Dalam al-Quran pun ada sebut tentang GF nie. Maknanya, Allah dah mention awal2 dah. kita jer yang jarang belek al-Quran kita dan jarang nak tadabbur ayat2 al-Quran.

" Dan orang-orang yang kafir berkata, 'Janganlah kamu mendengarkan (bacaan) Al-Quran ini dan buatlah kegaduhan terhadapnya, agar kamu dapat mengalahkan (mereka)'."
[Fussilat:26]

Dan salah satu matlamat GF nie adalah untuk mencairkan dan melarutkan sahsiah (=lali dan leka dengan kebathilan) , yang juga ada disebutkan di dalam al-Quran:

"Mereka ingin agar kamu menjadi kafir, sehingga kamu menjadi sama (dengan mereka)...."
[An-Nisa':89]


Kalau dalam dunia hari nie, perang pemikiran nie sangat2 lah berleluasa. Contohnya, hiburan yang melampau untuk anak2 muda. Hafal lagu2 lebih dari hafal ayat2 al-Quran dan hadith2. Tanya jer lagu apa, semua kenal. Saya tak cakap orang lain jer, tapi kat diri sendiri nie juga. Astaghfirullah... Agak2nya lah kan, kalau tetiba sekarang, kita dipanggil untuk berjihad kat medan perang, berapa ramai jer lah yang sanggup ?

Conclusionnya, kita mungkin tak mampu nak hapuskan terus perang pemikiran ini dari muka bumi dalam sekelip mata, tapi kita kita boleh lawan dan kalahkan dia sikit demi sikit dengan menyedari kewujudan GF itu dan menghapuskan jahiliyah2 yang dalam diri kita.

Saya pernah dengar satu kata2 nie (tapi saya dh lupa ayat betul dia, so,saya buat ayat sendiri):

"Jahiliyah(=benda2 yang bathil) nie tetap bergerak, so, kita tak boleh berhenti. Kalau tak, dia akan memakan diri kita"


~Wallahua'lam~

M.O.G.A.B.E.R.M.A.N.F.A.A.T

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim