Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t...

Dah lama tak mencoret apa-apa di blog nie. Bukan tak mahu, cuma, baru balik bercuti dari Ireland seminggu. Dah dua hari balik, n hati nie, nak sangat share ngan sahabat semua apa yang saya lalui sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Ireland, tapi, saya ambik masa dua hari untuk hilangkan letih dan tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. (=study skit laa..huhu).

Alhamdulillah, alhamdulillah, walhamdulillah... sepanjang seminggu saya pergi bercuti atau lebih tepatnya, pegi mengembara ilmu nie (=tiru ayat Nini.. hehe), banyak yang saya perolehi.

Kalau dalam entry saya yang lepas, saya cerita tentang hari saya yang gembira, yang mana hari saya tersusun dengan indahnya, kali nie, saya nak cerita cabaran dan dugaan yang saya perolehi sepanjang pengembaraan saya. Apa yang saya nak ceritakan ini, bukanlah bermaksud untuk berbangga, tidak! Saya hanya nak berkongsi dengan sahabat semua supaya yang baik dapat dijadikan pengajaran dan yang buruk dapat dijadikan sempadan dan juga untuk saling ingat mengingatkan...

Cabaran dan dugaan saya bermula dari hari pertama kembara ilmu saya. Kembara ilmu saya bermula pada hari jumaat (=last day before cuti). Kami sampai di airport Beauvais Tille, Paris lebih kurang pukul 8 lebih mlm. Dalam sejam lepas tue, kami beratur untuk check in untuk berlepas. Sahabat saya yang beratur kat depan bagitau yang orang kat airport tue suh masuk cabin, bukak tudung untuk di cek. Masa tue, perkataan yang keluar dari mulut saya ialah "R.I.D.I.C.U.L.E!" (=ridiculous!) Saya memang naik berang masa tue. Apahal lak nak cek tudung, klau dah lalu bawah tiang besi 4segi tue x bunyi, tak der apa2 laa tue! Memang racist btul laaa! Time saya kena cek, saya memang buat muka habis. Masam macam cuka jer. Siap jeling lagi (tapi tak tau jeling kat sapa...huhu). Dah siap ambik beg semua, saya pegi kat tempat sahabat2 saya berkumpul (saya senyum jer kat diorang, sbb saya bukan marah kat diorg, kat pakcik n makcik airport tue jer...hehe... di samping nak cover laaa, x nak laa nampak muka mencuka saya nie depan diorang). Tapi, terkantoi plak dengan seorang sahabat nie, rupanya, dia nampak muka tak puas hati saya.

F : Kau ok tak nie?
Anis: Ok jer. =)
F : Tadi, aku tengok muka kau macam tak ok jer.
Anis: Tak der laa...just tak puas hati, apsal lak nak cek tudung kita nie...


Seriously, bersyukur sangat masa tue, saya berada ngan sahabat2 saya yang lain. Melihat ketenangan wajah diorang (=seolah-olah tiada apa yang berlaku), terus membuatkan saya cool balik. Masa tue, rasa malu pun ada, cepat sangat saya nie nak melatah. Relax laa... hehe... Bertambah kuat lagi untuk relax , bila seorang lagi sahabat saya kata " Orang bersalah nie memang dia tak senang duduk. Dia rasa tak tenteram. Padahal kita nie, tak buat apa2 pun. Selagi dia tak cek kita, memang diorang rasa terancam". Betul tue! Saya setuju. hehe...

Alhamdulillah, semasa di Ireland, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. (walaupun mungkin, ada 2 3 plan yang terpaksa diubah). Sejuta terima kaseh untuk sahabat2 di Ireland ( Cork, Galway n Dublin) yang menyambut dan melayani kami macam VVIP. Terharu sangat2. Datanglaa ke Besancon yaa. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan korang semua. (^_^)


C'tein, nie bahan bukti kita jmpa kat Dublin... hehe...

5hb march... tiba laa waktu untuk pulang ke France. Kali ini, saya diuji sekali lagi... Waktu tinggal 10-15 minit nak boarding, ada sorang makcik Ryan Air (=flite yang saya naik), cek semua beg passengers Ryan Air. Nak ditakdirkan, beg saya n seorang lagi sahabat saya, tak menepati piawaian cabin luggage Ryan Air. Dia cakap, beg kitorang terlampau besar. Padahal, masa nak cek in masuk kat tempat boarding, orang airport lepas jer. huhu... (n untuk pengetahuan semua, nie 1st time saya voyage dengan beg tarik. Selalunya, saya bawak beg galas belakang yang besar tue). Makcik tue pun, suh laa kitorang cek in beg tue n bayar 30€. Tapi, kali nie, saya tak melenting macam hari tue. Allah kurniakan ketenangan kat saya. Saya malah boleh tersenyum lagi. (^_^)


Kenapa saya boleh setenang itu???
- Saya belajar dari kesilapan yang lepas, jangan mudah melenting.
- Saya dah mulakan perjalanan dengan melafaz "bismillahitawakkaltua'allah". Jika saya marah2, seolah2 saya lupa yang saya dah serahkan segalanya dekat Allah tadi. Ini adalah sebahagian dugaan yang Allah berikan kat saya untuk menguji saya.
- "... Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" [Ar-Ra'd:28]


Allah tak Zalim...

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
[Al-Baqarah:286]


Dugaan tidak berhenti di situ. Flite kami yang sepatutunya turun di airport Beauvais Tille, tak dapat mendarat kat situ atas sebab kabus yang sangat tebal. Saya intai jugak. Memang tak nampak apa2 kat bawah. So, untuk keselamatan semua penumpang, kapal terbang terpaksa mendarat kat Lille (nun di puncak utara France, sempadan Belgium). Kami dah mula menggelabah sebab tiket untuk balik ke Besancon dah ditempah, kalau nak patah balik ke Beauvais, memang tak sempat nak kejar train nie. So, gelabahlah kami cuba cancel kan tiket. Alhamdulillah, atas bantuan seorang sahabat, segalanya selesai. kami tempah tiket baru yang bertolak dari Lille (yang harganya agak mahal...huhu). Alhamdulillah juga kerana kami ada kawan yang tinggal di Lille, kebetulan pula, dia tak ada kelas petang. So, sempatlah beberapa orang antara kami singgah ke rumah dia untuk solat dan berehat. thanx Dhirah. (^_^)


K'syazana, Dhirah, saya n ain (gambar blurr...)

Ada seorang sahabat saya mengutarakan soalan nie dekat kami masa di airport:

"Kenapa kali nie, perjalanan kita banyak dugaan ek? Kalau dulu, kita nak mengembara ilmu, selalu Allah permudahkan..." (lebih kurang camtue laa ayat dia)

Saya jawab: " Dulu, kita baru nak kenal Islam sebenarnya, Allah bagi kemudahan kat kita supaya kita tak rasa berat untuk tuntut ilmu-Nya. Sekarang, bila kita dah tau banyak skit, dan kita mencari sendiri tanpa dipaksa or disuruh sapa2, Allah bagilaa ujian plak, nak uji iman kita. Nak tengok kita boleh tahan ker tak. Nak tengok kita bersyukur ker tak..."
(gitulaa lebih kurang jawapan saya)


Pengajaran dari cerita saya nie:
- Jangan bawak beg tarik dah g jalan2, susah, bawak beg galas, senang sikit, klau terlebih muatan, leh adjust2 lagi. If not, cek in jer beg tarik tue.
- Jangan mudah gelabah dalam menghadapi sesuatu. Bila kita tenang, akal kita boleh berfikir dengan lebih waras.
- Sentiasa ingat Allah dalam apa jua keadaan. Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Anis Liyana: Alhamdulillah, dah hafal 3 surah yang pendek2 sepanjang kembara ilmu nie. Actually, dalam diam, sahut cabaran Nini dalam blognya untuk berlumba2 hafal juzuk 30. Saya, masih jauh untuk mengejar, tapi saya jadikan cabaran dia untuk saya terus menghafal jika ada masa terluang. Sebab saya tau, kekuatan saya adalah saya cepat menghafal dan kelemahan saya adalah saya cepat lupa kalau tak practice. So, kenalaa selalu ulangkaji. =)


~Wallahua'alam~

M.O.G.A B.E.R.M.A.N.F.A.A.T

8 commentaires:

Anonyme a dit…

*kenyit mata sambil senyum* kat kak anis.

ada dgr juga cerita mendarat kat lille tu dr kak marini.

wah. fan penah dgr, setiap obstacle yg kita lalui semasa mengaut ilmu Allah, akan dpt pahala.

kalau mcm tu, da berapa byk da pahala yg boleh kita kumpul.

heh.

insyaAllah berjumpa lg in few days!
(^ *)

Anis Liyana a dit…

Alhamdulillah...
Moga amalan kita diterima...
yup, jmpa nnti... insyaAllah...
x sabar! =D

Anonyme a dit…

salam.

sangat best baca...

sangat byk pengajaran kita bleh dapat drpd cerita awak nih..

jzkk ^o^

Anis Liyana a dit…

Salam...

Alhamdulillah...

moga sama2 ambik iktibar... =)

Nini Marini a dit…

bagus maman,teruskan menghafal..tak kisah lambat atau cepat,yg penting kesungguhan kan?

Nini pun respek tengok maman yg masih mampu tersenyum tyme kena bayar 30euro tuh. banyak tu. kalau Nini la,hurm, tataula.

bile bace entry ni terasa nak tulis something pulak kat blog sndiri.ade bnda lupe nak tulis.jzkk maman.

jumpe nanti.mmuah!

Anis Liyana a dit…

masa baca blog nini tue... dah tnam azam utk hafal klau ader masa t'luang. thanx ingtkan... =)

masa kat airport tue, aku pun mcm x p'caya aku leh setenang tue...

a bientot! muahhx!

Anonyme a dit…

you said " Dulu, kita baru nak kenal Islam sebenarnya, Allah bagi kemudahan kat kita supaya kita tak rasa berat untuk tuntut ilmu-Nya. "

and the Quran says " Sekarang Allah telah meringankan kamu karena Dia mengetahui bahwa ada kelemahan padamu... "

dan apa yg kita kena buat sekiranya dihadapkan dgn pelbagai cabaran? ---> 'SABAR'

dan analoginya disambung dalam ayat yg sama "... Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh); dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar."

Al-Anfal:66

so 'sabar' tu benda yg sangat istimewa di mata Allah :)

Anis Liyana a dit…

huhu... mayb sy x pndai nk ekspresikan kata2 tue... tp, tue jgk laa yg sy pk... =) Allah tau, sy lemah, klau Allah bg lbh dr tue, sy x kan mmpu nk buat... =)

jzkk ats peringatan... =)


org besancon gak ker nie? ;)

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim