Bismillahirrahmanirrahim...


Salam w.b.t...


Tanggal 23hb februari 2009 bersamaan 28 safar 1430H, saya merasa sangat gembira. Mungkin bukanlah hari yang paling gembira, tapi, ia adalah salah satu. huhu... Untuk sesiapa yang ada ym saya dan membaca status message saya : "ari nie saya sgt hepi. rasa nk senyum lebar 10 inci. alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah~ :D", tertanya2 pada hari itu, kenapalah si anis nie gembira sangat? (ramai pun yang dah bertanya...hehe)

Sebenarnya, saya rasakan, hari itu, Allah susunkan jadual saya dengan cantik. Dan, bila difikir2kan, saya tersenyum sorang-sorang. Saya rasa, indahnya Sunnatullah. Mari jenguk diari gembira saya untuk hari itu...

  • Pagi itu, saya merasa syukur dan gembira kerana hari saya dimulakan dengan solat jemaah bersama rakan-rakan. Nikmat berada bersama kawan-kawan yang ramai. (jangan jeles sapa yang duk sorang-sorang) (^_~)

  • - Disebabkan mogok, kelas saya still dibatalkan untuk hari isnin itu. Sebenarnya, saya dah tahan asyik tak ada klas. Jadi, saya ambik keputusan untuk hadir ke meeting pelajar-pelajar jurusan saya. Kami yang pegi adalah orang-orang yang nak kelas diteruskan dan cuba cari solution lain selain mogok yang berterusan ini. Kerana kami tak mahu semester kami rugi begitu sahaja. (walaupun dalam masa yang sama, kami memang setuju sebab-sebab mogok ini diadakan) Banyak benda baru yang saya belajar hari itu... (saya sebenarnya baru clear apa yang terjadi sebenarnya dan kenapa diorang bersungguh-sungguh sangat buat mogok)

  • Walaupun mogok, ada juga prof yang buat kelas. So, petang itu, saya ke kelas arab. Saya sampai lambat 20-25 minit ke kelas disebabkan meeting habis agak lambat dan saya belum solat asar lagi. (lupa untuk buat jamak tamam) (bergegas ke rumah nani dan lilo untuk tumpang solat) (^_^)

  • Saya ingatkan, saya orang yang paling lambat, rupanya ada sorang lagi kawan kami yang lambat (dia ingatkan kelas pukul 5...huhu). Saya kenalkan dia dengan panggilan S ek. Setelah melihat dia laa, hati saya jadi berbunga-bunga dan bibir rasa nak tersenyum lebar sambil ucapkan syukur. Bukan sebab dia lagi lambat dari saya! pas du tout. tidak sama sekali! Tetapi, saya nampak perubahan pada diri dia...

Cerita S...

S adalah kawan sekelas arab saya. (dia bukan budak jurusan saya. kami hanya berjumpa time kelas arab sahaja). Saya rasa, saya boleh bilang dengan jari berapa kali saya jumpa dia dari last semester sebab jarang jugak dia datang ke kelas. Mungkin sebab dia ada kelas lain. (khusnul zhon=bersangka baik) Kadang-kadang saya yang tak datang kelas. hehe... Kami tak berkawan rapat, dan mungkin, dia tak tau pun nama saya. Apa yang saya tau pasal S, dia adalah seagama dengan kita(insyaAllah, btul informasi ini) dan berasal dari keturunan maghribi. (saya dah lupa negara mana, sama ada morocco atau algeria). Apa yang buat saya teruja tengok S adalah.... Dia sudah mula memakai tudung, menutup auratnya. (^_^) Mungkin bagi sesetengah orang, biasa laa tue..normal jer... tapi tidak bagi saya. Tiada yang lebih indah dari melihat manusia mengabdikan diri kepada-Nya dan menegakkan agama-Nya. Saya rasa kagum sangat dengan dia, macam mana dia boleh ambil keputusan untuk bertudung dengan tiba-tiba. Yelaa... dengan keadaan persekitaran dia, seperti kawan-kawan dia... Tapi, bila difikir-fikirkan balik, hidayah Allah, siapa yang tahu. (^_^) Saya hanya berdoa supaya dia tetap dengan keputusan dia itu di samping, berdoa supaya Allah sentiasa melindungi saya dari perbuatan keji dan mungkar yang tidak disukai-Nya. itulah kisah S... (^_^)

  • Kegembiraan saya tidak tamat di situ sahaja. hehe... Yang ini, kelakar sikit laa... Saya gembira sebab prof arab saya, dah tau nama saya! (Selama nie dia tak tahu ker?) jawapannya, tidak. Baru hari isnin tue, dia tanya saya (itu pun, sebab ada ayat yang memerlukan nama seorang perempuan) huhu... Sebenarnya, saya dan seorang lagi rakan, adalah auditrices libres(=attending as an observer). So, tak kenal pun tak per laa... Cuma, rasa macam kelakar laa kan, sebab kitorang bukan ramai pun, x sampai sepuluh orang pun... tapi, dia tak pernah tanya nama saya dan kawan saya... huhu... Lepas nie, saya mungkin dah tak boleh nak ikot kelas dia atas sebab jadual yang clash. So, saya akhiri kelas arab dengan senyuman yang melebar jugaklaa... hehe... =D

  • Hari saya berakhir dengan ingatan-ingatan yang sangat bermanfaat dari rakan-rakan seperjuangan saya. (walaupun jauh di mata, internet ada memudahkan kerja) haha...pantun dua kerat... (^_^)

Voila2, tamat juga akhirnya~ huhu...

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " [al-Baqarah:216]

--> ini laa salah satu ayat daripada ayat2 favourites saya, merangkap ayat yang memotivasikan diri saya. (^_^)

~ Moga Bermanfaat~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t...

Ramai orang yang bertanya, "korang ambik french course?korang belajar apa? grammar gitu ker? literature ker?"

Ramai jugak orang yang kata, "korang ambik french? bahasa...senang laaa..."

So, entry kali nie, saya nak kongsi apa yang saya belajar sebenarnya dan meh kita tengok,senang sangat ker? (tapi, tak ada benda kat dalam dunia nie yang senang. Kalau senang, tak payah pegi kelas pun tak per)

Memandangkan semester 1 dan 2 untuk 2nd year berbeza subjeknya, so, saya kenalkan semester 1 saja kat korang dan juga 1st year saya di CLA(centre linguistique apliquee)
(=linguistic centre)

(tak boleh nak citer yang sem 2 punya sebab asyik tak ada klas sebab mogok dan apa yang saya belajar, still sikit untuk dikongsi)


CLA

Kitorang belajar kat sini laa masa tahun pertama di France. Walaupun kitorang belum masuk U lagi, tapi, nie dah dikira 1st year U. (sebab, CLA n UFC ada collaboration). Dekat CLA nie, kira untuk asah bahasa perancis kitorang bagi mantap laa. Dan kat sini, ada banyak level. Memandangkan kitorang dah buat preparation kat malaysia selama 2 tahun dan dah ambik exam sampai level B2(exam nie laa menetukan kitorang fly ker x), kitorang diletakkan di klas level C1(iaitu level yang tinggi sikit laa). Kat sini, subjek dia tak berat sangat laa. tapi ada gak satu dua yang pening2. Such as, linguistique generale(=linguistik secara generalnya). Nama saja general, tapi susah amat. Lagi2, cekgu tue guna teori yang dia buat sendiri untuk mengajar. So, bahan rujukan limited laa. (Memang x pernah rujuk buku, rujuk nota dia bagi jer). Ada jugak subjek yang baru dan best. Macam Semiologie(Science of signs). Dalam subjek nie, kitorang belajar macam mana nak interpret gambar dan text. Contoh: kita boleh kenal pasti tujuan gambar2 iklan yang kita tengok kat dalam majalah or TV tue dibuat sebegitu rupa. Faktor2 yang di ambil kira macam kebesaran objek, warna yang digunakan, text yang ditulis,etc.


University... 2nd year, 1st sem...

Untuk pengetahuan semua, nama course kitorang adalah Sciences du langage, information et communication(=sciences of language, information n communication). So, budak2 yang ambil course nie bukan sahaja terdiri daripada bakal2 pendidik, tetapi juga budak2 yang nak ambil mass com, yang nak jadi penterjemah, yg nak jadi orthophoniste(=speech therapist), etc. So, apa yang kitorang belajar, still general lagi laa. Belum pilih cabang lagi. Untuk sem 1 nie, kitorang ada 4 main subjects,iaitu: "Description du francais", "Phonetique et phonologie", "Enonciation, pragmatique,argumentation" , dan "Semiotique des medias". Yang paling saya rasa tak ada kena mengena dengan bidang saya adalah subjek "semiotique des medias" (=sciences of signs dalam filem) . Dalam klas nie, prof ajar macam mana nak kaji filem. kenapa kamera bergerak dari A ke B. apa effect dia. kenapa muzik dipasang dengan kuat pada babak nie dan kenapa slow pada babak lain dan macam2 lagi laa. tapi, semuanya berkaitan dengan filem dan vocab yang digunakan juga agak specific. Kalau kat malaysia, mungkin orang2 yang ambik course perfileman jer yang belajar benda2 cmnie.(Saya tak pasti). Dan inilah juga subjek yang paling mencabar time exam ari tue. Sebabnya, it's all about interpretation! even korang hafal semua vocab dan paham semua apa yang diajar, belum tentu lagi jawapan korang yang tertulis memuaskan hati prof tue selagi tak sama dengan apa yang dia interpret. Dan korang tak akan dapat tau jawapan dia pun lepas habis exam. hehe... Kalau prof tue pemurah, dia bagi laa markah walaupun bukan jawapan tue yang dia tunggu. Kalau prof tue cerewet sikit...hurmmm... (sambung sendiri).

Tapi, seronok jugaklaa belajar subjek nie, Now, bila tengok sesuatu cerita, dapat nampak juga message mendalam yang citer tue nak sampaikan. (yang mungkin susah nak nampak dgn mata kasar kalau sekali tengok)

Avantage course nie: tak ada TP(=makmal/praktikal). So, klas x pack sangat laa. Hanya ada kuliah dan tutorial saja.

Disavantage course nie: semua yang dipelajari, tak tau boleh apply masa kerja nanti atau tak.


Anis Liyana: Entry kali ini, memang nak bercerita pasal subjek2 yang dipelajari untuk berkongsi dengan korang semua yang tertanya2, apa yang kitorang belajar. (^_^)
Bismillahirrahmanirrahim....


Salam w.b.t...


Dalam entry saya yang dulu, saya pernah bagitau yang saya akan share resepi-resepi yang saya cuba dekat ruangan "sharing2" di sebelah kanan. Tapi, disebabkan teruja terlebih dengan resepi baru saya nie, saya mau kongsi dalam entry ini. hehe...

Semenjak dua menjak nie, hobi mencuba resepi baru saya telah terfokus dekat resepi roti. yup, saya suka buat roti! hehe...

Selama nie, saya ingatkan susah sangat buat roti nie, rupanya tak pun. Rupanya, lagi senang dari buat kek. (bagi saya laa)

yelaa... buat kek nak kena pukul butter dan gula sampai kembang dulu. (part yang saya paling malas skali...sebab tak ader mixer... kena pakai tangan...huhu. Tapi, suka jugak nak buat) hehe...

kalau buat roti, campak jer semua. then, uli. Lagi senang.
Macam diri kita jugak, kadang2 kita tak terfikir untuk berubah. Kita rasa, apa yang kita buat tue laa yang best walaupun complicated sebenarnya. Kenapa kita tak cuba cari jalan yang mudah dan selamat? Pening ek? Alaaa...kalau nak wat contoh:
Harun : Macam mana nak pegi sekolah dari sini?
Kevin : Ada dua pilihan jalan; A dan B. Jalan A jauh, jalan B dekat sikit. Tapi, saya suka jalan A.
Walaupun jalan A jauh, tapi jalan A best.
Harun : Jalan B x best ker?
Kevin : Errr... nampak macam x best. Nampak macam susah jer nak lalu jalan tue.
Harun : Nampak macam? maknanya, awak tak pernah lalu lagi laa jalan tue?
Kevin : Hehe..belum.
Harun : Jom kita cuba lalu jalan B. Kalau tak cuba, tak tahu. Lagipun, jalan B yang dekat kan?
Setelah melalui jalan B, barulah Kevin sedar yang jalan B lagi mudah, cepat dan best. Selama nie, Kevin tengok dari jauh jer dan dia tak berani nak cuba.
Haa... paham tak apa yang saya cuba nak sampaikan? Kalau x paham, cuba pikir lagi. Saya memang tak nak terangkan. Nak suruh anda semua pikir sendiri. hehe...
Revenons a nos moutons... (= berbalik kepada tajuk kita tadi)
Setakat nie, saya dah cuba dua resepi roti... satu, potato bread dan satu lagi roti tuna. (adoi, campur2 bahasa). Dan dua2 resepi saya ambil dari myresepi (page famous, especially untuk student2 kat overC yang tringin nak makan masakan melayu tapi tak der. kena laa wat sendiri...huhu)

Voila! nie hasilnya... (^_~)





nie potato bread. Kalau anda semua dapat lihat, potato bread saya berbentuk macam bintang skali tengok,bnyak kali tengok macam tapak sulaiman pun ada. huhu... x kesah laa, asal rasa dia ada, dah cukup. huhu...




Nie pulak, roti tuna. Cubaan saya untuk membuat bentuk bunga tidaklah berjaya sangat. huhu... dan roti saya x soft sangat (sebab memandai pegi tambah tepung...so, keras laa...)


--> Nie satu hal lagi, kalau dah pilih jalan mudah,selamat, cepat dan best tue, janganlah pegi complicatedkan lagi. pegi tambah batu laa, ranting kayu laa kat tengah jalan, memang la susah nak jalan. Nak nampak cantik,last2, kita yang sakit. Macam roti saya laa, saya memandai tambah tepung, kan dah keras. Kalau rules dia dah begitu dan dah ader bukti2 yang mengatakan rules tue betul, ikut jer laa. senang.
Fikir-fikirkanlah...
~Selamat mencuba resepi~ (^_^)
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,


Di keheningan malam ini, di hati terdetik...

betapa aku hamba-Mu yang lemah lagi hina

betapa aku mampu menghadap sesuatu berjam-jam, tetapi ambil beberapa minit sahaja untuk mengingati-Mu

betapa aku mudah untuk terjaga malam melakukan sesuatu yang belum diselesaikan tetapi begitu sukar untuk bangun malam menghadap-Mu

betapa airmata ini begitu senang merembes keluar untuk cerita-cerita yang sedih, tetapi amat jarang mengalir ketika menghadap-Mu

betapa aku banyak menghabiskan masa yang Kau berikan untukku

betapa aku merasa malu dengan-Mu, Ya Allah.

"... Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-oran kafir" [Ali-Imran:147]


'Allahummaantarabbi lailahaillaanta khalaqtani waana 'abduka waana 'ala 'ahdika wawa'dikamastatha'tu a'udzubikaminsyarrima tsana'tu abu u laka bini'matika 'alaiya waabu u bidzambi faghfirli fainnahu la yaghfirudzunuba illa anta'

Maksudnya: "Allah, Engkau-lah Tuhanku. Tidak ada tuhan selain Engkau. Engkau yang menjadikan aku. Aku ini adalah hamba-Mu dan aku berusaha sedaya upaya mendapatkan janji-Mu. Aku bermohon perlindungan-Mu daripada kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunkanlah daku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau"

Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini, Ya Allah...

Anis Liyana: buka page sambal terung di tgh2 malam, dengar lagu "Indah kasih-Mu", Allah turunkan ilham berfikir dan berkongsi dengan menulis post ini... alhamdulillah (^_^)

~ Wassalam~

Salam w.b.t

Saya kena tagged! c'est a cause de Wani! hehe... Voici les consignes:


-Go to your photos folder in your computer.
-Go to the 6th folder of photos.
-Go to the 6th picture in that folder.

  1. Put the picture on your blog and description of it.
  2. Invite six friends to join the challenge.
  3. Link them in your blog and let them know they have been challenge

1) Gambar masa dekat IPBA with my classmates. Saya tiada dalam gambar, maybe x turun lagi dari lab. gambar nie dekat bangunan lab kitorang. Dan rasanya semua orang pun perasan yang kitorang punyer tema ari tue adalah merah! hehe... (kitorang memang suka wat keje2 gila macam nie masa kat IPBA... bersusah payah cari baju untuk pakai sama colour) hehe... Ukhuwwah fillah abadan abada laa katakan... hehe...

Voila2! nie gmbarnyer... by the way, ini gambar yang ke-4 dalam folder saya yang ke-6 sebab ada 4 gambar jer dalam tue... :-p

Arahan ke-2 n ke-3, saya x patuhi laa ek sebab rasanyer, rmai dah bloggers yang dah buat this challenge. (^_^)

Anis Liyana to french cohort 1: Vous etes tous ma famille en France et peut-etre ailleurs aussi. Je vous aime tres fort!!!

Salam w.b.t...

Hehe... Kalau anda semua perasan, saya ada letakkan resepi-resepi dekat ruangan "sharing2". Itu saja jer... Disebabkan saya nie suka mencuba resepi baru dan pelik-pelik sikit, so, saya kongsi laa dengan sahabat-sahabat semua. Memandangkan prioriti saya bukanlah terhadap resepi-resepi itu (resepi tue hobi jer...hehe), jadi, saya letakkan dekat ruangan sebelah entry. Dan resepi-resepi itu akan berubah mengikut keadaaan. Kalau saya cuba resepi baru, saya share laa. huhu... So, kalau saya dah menukar resepi sebelum anda sempat menyalin resepi yang anda mahu, boleh jer mintak dengan saya personally... (^_^)

Voila2...

Nie nak share video-video yang menarik... MasyaAllah, budak ini dididik dengan baik. Walaupun saya x paham sangat pun apa yang dia cakap sebab dalam bahasa arab, tapi, saya saya teka2 jer laa...hehe...



And, ada lagi satu video... cute sangat budak nie. Tapi, yang lagi cute bila dia lafazkan ayat-ayat al-Quran. (walaupun pelat) (^_^)



~Moga bermanfaat~


Anis Liyana: Nak anak saya jadi macam nie. Yang hafal Quran lagi hebat dari hafal lagu. InsyaAllah. (^_~)


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...


Dah 2 3 ari x update blog. Saya pegi bercuti... kat korea! eh, kat grenoble... hehe (tapi, seriously macam kat korea) hehe... jzkk kepada kak Asma' yang masak masakan korea untuk kami. best2! Alhamdulillah... (^_^)






Seperti biasa, saya ada benda untuk dikongsi... (^_~)



Tadi, time tengok video kat youtube, ternampak satu video nie yang mengingatkan saya time kelas arab. Saya suka sangat masa kelas arab, bila cikgu kami selalu ingatkan kami, mulakan sesuatu dengan bismillah. (agak-agaknya, dalam sehari-hari, hari ahad kot yang saya paling banyak sebut bismillah) hehe... Tapi, memang betul lah kan... memang sepatutnya kita mulakan sesuatu dengan bismillah (x payah tunggu orang ingatkan, sepatutnya dah jadi habit). bukan setakat time kita nak makan jer baca bismillah. Time kita nak start menulis or bercakap pun, kita mulakan dengan nama Allah. Lagipun, setiap apa yang kita buat, sepatutnya, hanya kerana Allah. (niat lillahi ta'ala). Maka, sebutlah nama-Nya dulu. (^_^)






Dan satu lagi yang insan selalu lupa, nak ucapkan alhamdulillah. Bukan bila time kita burppp sahaja kita ucapkan alhamdulillah. Sepatutnya, setiap masa kita ucapkan alhamdulillah. Nikmat Allah tue, x ternilai sahabat2. (^_^) Walaupun, time kita dapat markah rendah, kita bersyukur kat Allah. At least, kita ada markah, bukan kosong markah. (^_~) (tapi, usaha perlulah dilakukan, bukan tawakkal semata-mata yaa)






Ada sahabat saya selalu cakap... bila kita sedih sebab x ada kasut, ingatlah, ada orang yang x ada kaki. Dia lagi malang dari kita. So, bersyukur dengan nikmat Allah.



Seperti biasa, ingatan-ingatan yang saya berikan adalah untuk diri saya juga. (^_^)



Saya nak kongsi satu video yang saya rasa ramai jer dah tengok. Tapi, saja nak ingatkan bagi sesiapa yang lupa.




Voici la video! Enjoy and ambik pengajaran...





~Wassalam~





Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Tadi, dalam x tau nak buat apa, laju jer tgn saya klik kat blog2 orang lain. Salah satu blog yang saya baca cerita pasal jumlah ummat Islam yang lebih ramai dari Kristian. Blog tue in french. Ramai laa yang bagi komen, syukur sebab ramai manusia yang sedar n menganut agama islam. Tapi, dalam article tue ada bagitau juga yang ummat islam nie ramai sebab anak orang islam ramai, orang Krisitan sikit sebab anak diorang sikit. Maknanya, dapat agama Islam dari parents diorang laa. So, diorang pun Islam laa jugak.


Persoalannya, kita patut rasa bangga ke dengan jumlah kita yang ramai nie?


(Apa punya soklan laa kau bagi nie! mestilaa bangga sebab kita ramai!)


Tapi, semua ummat Islam ker yang betul2 ikot ajaran Islam? Yang buat sesuatu berlandaskan al-Quran dan Sunnah?



Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi S.A.W menjawab,

"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' ".

Seorang sahabat bertanya,

"Apakah wahan itu hai Rasulullah?

Nabi kita menjawab,

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(Riwayat Abu Daud)

Kalau tengok hadith Rasulullah nie, n tengok ummat zaman sekarang... x syak lagi. Terbukti bahawa ramai kita, ramai yang sia2. Mudah termakan tipu daya orang kafir.


Firman Allah:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka..." [Al-Baqarah:120]


Keliling kita nie, penuh dengan budaya Barat, bukan penuh dengan budaya Islam. Sedihnya...


Even, bila ummat Islam ditindas pun, ummat Islam yang kat tempat lain x mampu nak tolong...


So, jom laa kita sama2 berusaha untuk jadi batu-bata yang kukuhkan rumah. Dan bukannya buih2 di lautan yang tenggelam timbul.


Apa yang saya tulis nie, bukan untuk korang saja, tapi ingatan untuk diri saya sendiri yang mudah lupa ini. So, kita kenalah saling ingat mengingatkan antara satu sama lain sebab manusia/insan sangat pelupa.

If x silap, maksud insan yang sbnr2nya dalam word arab adalah pelupa.


Anis Liyana: Adeq, teringat perbualan kita hari tue pasal penyakit wahan. Misshhh U! =D


Assalamualaikum...

Pekaba sahabat2 sekalian? Moga sentiasa di bwh lindungan-Nya.

Saya byk jelajah blog2 sahabat2 saya yg lain. N trima kaseh to all my sahabat coz penulisan korang sgt2 laa bermanfaat utk saya. Klau kita prasan, skarang, kebnyakan bloggers byk tkankan psl kekejaman Yahudi. n rmai gak yg tulis bab boikot. Saya? x nk tulis psl boikot ker? Sapa ckp x nak. tgh tulis laa nie. hehe... N sy pun, sehabis boleh utk boikot brg2 mereka. Moga istiqamah, insyaAllah. Eleh, kau ckp jer lbh, yang kau tgh menulis nie, bkn product yahudi ker? Hurmm... Apa kata sahabat2 jelajah blog kwn saya nie. Saya suka sgt penulisan berani dia. Saya x laa pndai sgt utk tulis mcm dia. So, jom visit blog dia utk tau lbh lnjut. jom!
Click here guysss!

Dah tgk? best kan? huhu...

Pada sesapa ummat islam yg x tau napa kita kena bnci yahudi, jom kita bukak Quran kita n cek ayat nie:
" Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik...." [Al-Ma'idah:82]

Saya nak share jugak satu article yg sy dpt dr sahabat saya pasal napa org yahudi bijak. (thanx to ama 4 sharing dis article)

Please read this article guys coz u all akan nmpk diorang punya strategi... N sdarkan kita byk perkara.

And yg paling saya t'kejut pasal merokok. Merokok adalah taboo. Padahal diorg yang bwat rokok tue. Untuk apa diorg wat rokok klau bkn sbb nk jatuhkan kita. Juz read dis article klau x percaya.

~Moga bermanfaat, insyaAllah~

p/s to my beloved adeq: u should read dis article. N stop s****** !!!

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

p/s: semua yang yahudi amalkan tu adalah sama dengan yang Rasulullah sarankan..cuma mereka tukar mengaji Al-Quran dengan menyanyi. Yang lain seperti pemakanan, latihan, goyang kepala (solat) memanah, berenang, menunggang kuda, cara bisnes, semua Rasulullah dah ajarkan kita. Cuma umat Islam yang tak ikut, terpengaruh dengan dakyah Yahudi.
Salam...

Mari Belajar Bahasa Arab!

Kaifahal? Ana bikhoir! (^_^)

Hehe... hari nie ader mood arab skit. hehe... Sbb hari nie hari ahad. Apa kaitan???

Pada yang x tau, setiap hari ahad, ana(hari nie guna bhs arab katanyer...hehe) join kelas arab kat masjid Fontaine Ecu. Ana join jugak kat University stiap hari Isnin, tp, program dia x sama sgt dgn kat masjid sbb kat U cmpur ngan org2 french yg bkn Islam. So, x der laa blaja ilmu al-Quran. Kenapa nak blaja bahasa Arab lagi, x puas ker blaja bahasa perancis?

Sebabnya:

- Ana mula sedar yang ana nie reti baca n hafal n tulis dalam bahasa arab. Tapi, ana x paham apa2 pun yang ana baca. (cikgu arab ana kat U prnah gelakkan ana sbb this reason)
- Ana mula sedar yang bestnya org2 arab tue yang paham al-Quran sepenuh hati. Ana nie, klau baca tafsir yang bahasa melayu, ada jer yang still ana x phm. Nak kena tgk ayat arab dia jugak. Mcm mana nk tgk klau x phm? Hurmm...
- Ana mula sedar yang ana ada byk peluang utk blaja bahasa Al-Quran kat bumi France nie dgn native speaker.


Sedar x sedar, dah 3 bln ana ikot klas arab nie. Nie masuk bln ke-4. (cuti kira skali ek...huhu)

Indahnya ciptaan Allah

Actually, ana nak share citer best yang b'laku time kitorg tgh blaja tadi. Guess what? (^_~)

Salji turun m'curah2 dgn lebatnya! Kami ter'disturbed' jap ngan fenomena alam ini. Yelaa, dah byk hari salji x turun. Huhu... Melihat keadaan kami yang gumbira tgk salji turun nie, cekgu kami pun ckp, " Yanzilussalju" (=salji sedang turun), sambil tersenyum...

Ada x ek dalam ayat al-Quran ckp pasal salji? Mestilaa ada. Kan semua tue Allah yang cipta.

"... dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit,(yaitu) dari (gumpalan-gumpalan) awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki..." [An-Nur:43]

Setelah bbrp lama, klas pun tamat. Cekgu kami offer naik kereta dia sbb dia tkot x der bus time salji2 cm nie. Kami pun, apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. hehe... Lagipun, hari ahad, bus x byk n jauh dia pusing. Almost 40mnt gak laa nak smpai umah. (klau x, hari2 biasa, 10 minit pun dah bleh smpai).

Bila keluar jer dari klas... Subhanallah! cantiknya salji memutih! Nie antara gambar2 yang sempat di ambik...


Kat dalam kawasan masjid Dari tingkap klas (so, blurr skit)

Kami, pulang dihantar oleh cekgu

Bercakap pasal ciptaan Allah yang indah nie, ana nk share doa melihat alam. Bila kita melihat alam, kita bacalah doa nie k?

"Rabbana ma khalakta haza bathila subhanaka faqina 'azabannar"
Maksudnya: "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" [Ali-Imran:191]

Mengapa begini?


Time dalam kereta tue, ada laa borak2 ngan cekgu kitorang. Byk gak laa yang kitorg tnya. Yelaa, dalam klas x da kesempatan nk borak psl personal life kan. Then, one of us tnya cekgu...

-"
Ça fait combien de temps que vous êtes en France?"
(Dah brapa lama cekgu tnggal kat France nie) (utk pengetahuan sahabat2, cekgu kami org Yamen)
-"Ça fait longtemps. Presque 19 ans"
(Dah lama. Dekat2 19 tahun)

-"Pourquoi vous avez choisi la France?"
(Kenapa cekgu pilih France?)

-"Parce que je trouve la paix ici. Chez nous(Yamen), il y a trop d'injustices. Seulement les riches qui peuvent vivre. Les pauvres..."
(Sebab saya jmpa keamanan kat sini. Kat tmpat saya, byk sgt ketidakadilan. Hanya org2 kaya jer boleh hidup. Org miskin...)

Dgr cekgu tue ckp mcm tue, ana tetiba t'fikir... Nie ker keadaan negara2 Islam skarang? Rasanya, Rasulullah x ajar mcm nie... Napa kat negara yg bkn Islam plak kita jmpa ciri2 islam?

A refl
échir mes amis! (Kena fikir2kan sahabat2ku!)

~Barakallahufik~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim