Salam w.b.t...


Kawan saya yang suka baca blog mesti akan cakap... Enfin! (akhirnya) terupdate jugak blog budak nie... hehe...

nie santapan express jerlaa... sbb td, nak buat kerja kononnya. Duduk menghadap laptop beberapa minit, pejam celik mata ( klip pa'h klip pa'h--> kata org klatè... hehe), tak start2 jugak...
Sesambil itu, bukaklah email n tertarik dengan satu2 kata2 dari Yusuf Qadrawi yang dishare oleh seorang sahabat yang bernama....... mana boleh bagitahu... hehe...

Pernah tak dalam sehari, kita rasa useless sangat sebab tak buat apa2 hari tuh? haa?? tak pernah? tak pernah sebab hari2 terisi ker tak pernah sebab rasa benda tue biasa? ish, kalau sebab rasa benda tue biasa, jom hadam kata2 kat bawah nie:


"orang yang melewati satu hari dalam hidupnya tanpa ada suatu hak yang ia tunaikan
atau satu fardhu yang ia lakukan atau kemuliaan yang ia wariskan
atau kebaikan yang ia tanamkan atau ilmu yang ia dapatkan,
maka ia telah durhaka kepada harinya dan menganiaya terhadap dirinya."
Dr. Yusuf Al Qardhawi


Renung-renungkanlah dan selamat beramal! (^_^)


~Wallahua'lam~

Salam w.b.t...

haaachh.....chummmm!!!!

Saya nie memang alah dengan habuk. mesti nak terbersin... Tapi, tak reti2 nak sapu habuk kat blog nie dengan menulis ek! hehe...

Saya tengok, ramai sahabat2 (bloggers) saya dah slow menulis sekarang. Termasuklah diri ini. Semua orang bercakap tentang priority sekarang. Saya tak nafikan, itu salah satu sebab saya dah slow menulis. Idea kadang2 datang jer kat kepala, tapi, tak tertaip kat blog nie. hehe...


Eh, sekarang, ada plak masa? hurmm... Esok cuti, so, sempatlah mencoret sesuatu di sini.

Lagipun.... hari tuh, saya ada beli stickers, dan ada satu dari stickers tue buatkan hati saya teringat kat blog yang berhabuk nie...





Nie lah kata2 yang tertulis pada sticker tue. Zappp!!! Tersentak hati... baiklah! akan ku cuba menulis sesuatu yang bermanfaat dan moga2 ia menjadi amal jariah yang berpanjangan...

ok, tutup intro...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi tadi, alhamdulillah, dapat bertadabbur ayat2 Allah bersama rakan2...

Dan, seorang rakan saya ceritakan apa yang dia tengok dari "The Arrival". Ramai jerkan yang dah tahu pasal nie kan? Saya pun dah lama tahu, tapi, tak tertengok2 lagi... hehe... Tapi, bila rakan saya ceritakan kejahatan2 Yahudi yang terbongkar dalam "The Arrival" nie, timbul minat untuk tahu lebih lanjut. Oklaa, saya share kan part1 dari 51 part yg ada(kalau x silap).







Wallahua'lam~


~Moga Bermanfaat~
Salam w.b.t...


Mengembara dan terus mengembara...


Di mana ada ilmu dicurah, di situ aku cuba meredah...


Moga apa yang ku peroleh dapat dialirkan kepada yang memerlukan...


Aku ingin menjadi lebah, bukan semut mahupun labah-labah...


Doa dan terus berdoa, usaha dan terus berusaha...


Yakinlah dengan pertolongan-Nya...


Perjalananku masih jauh dan panjang...


Namun, jika masa di biar pergi, maka rugilah diri...


Mohonlah dan terus memohon pada-Nya...


Moga setiap yang aku lalui diredhai...





~Anis Liyana~

Salam w.b.t...

Cuma mahu berkongsi gambar2 raya dan open house di rumah kami. (^_^)






Open House @ HUJURAT~ (^_^)

Terima kasih pada yang sudi datang... =)
Salam w.b.t...


Waa! rindunya nak menulis di Saya Orang Dagang! Kalau korang nak tau, sejak balik semula ke France nie, nie 1st time kot saya buka page Saya Orang Dagang nie. Sebenarnya, saya baru pindah rumah. Rumah baru belum ada internet. Kena pegi rumah kawan2 kalau nak guna internet. Tue pun,selalunya balas email orang jer. Kemajuan telefon membolehkan saya cek email guna handphone, tapi, kalau nak reply email, susah sikit laa, lembab! huhu...

Alhamdulillah, seminggu yang penat dengan mengemas rumah baru dah tamat. Boleh dikatakan 90% setel. Jamuan raya besar2an di lokaliti kami (Besancon) pun dah selesai. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.


Owh yer, di kesempatan ini, nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf salah silap selama kita kenal. Halalkan makan, minum, pakai, guna dan sebagainya.


InsyaAllah, bila dah ada internet, akan aktif semula menulis, insyaAllah...


Salam lebaran,

~Anis Liyana~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim