Salam w.b.t...
Rindu sangat utk menulis di sini,,tp, asyik tak reti nak curi masa jer... huhu...
Sejak dua menjak nie, cuti saya, saya akan cuba manfaatkan dengan sesuatu yang berguna. Berjalan2, tapi, mencari ilmu...
Saat saya menulis entry ini pun, saya masih berstatus musafir. =)
Saya suka berjalan2 nie, banyak benda yang saya dapat + kerja sekolah saya pun bergerak gak. Saya cuba manfaatkan masa perjalanan saya dalam train itu untuk baca articles untuk homework saya. Alhamdulillah, gerak laa sikit2.huhu...
Kalau berjalan2, x dapat kutip sesuatu, rugilah kan...dan sesuatu tue, kalau saya tak kongsikan dengan sahabat semua, tak best lah kan... (^_~)
Kehidupan yang menggerunkan VS kehidupan yang mententeramkan jiwa
Kehidupan yang menggerunkan
Sangkaan cuak saya tak meleset langsung setibanya kami di situ. Kalau boleh saya terangkan keadaan tempatnya: agak kotor, hancing,orang2 yang berkeliaran, pemuda2 yang dengar lagu kuat2... Keadaan tempat seperti itu, membuatkan saya takut. Kami tiba agak malam, so, dah ramai yang keluar untuk berpesta di bar2 dan ke mana ntah lagi diorang nie pergi. Dalam hati terdetik, kesiannya diorang nie, macam tak tahu arah tujuan hidup diorang yang sebenarnya.
Kami cuba untuk mencari bus stop untuk bus yang nak dinaiki, malangnya, sign board tak membantu langsung. Kami cuba tanya orang2 di sekitar tempat tue. Tapi, mereka agak tak peramah. Ramai yang jawab, "tak tahu", dan terus pergi. Selepas berusaha mencari, kami tiba di bus stop yang sepatutnya. Masa bas hampir sampai, kami dah nampak keadaaan dalam bas yang penuh. Dalam hati saya, "tak boleh naik nie, dengan beg2 lagi". Bila bas sampai saja depan bus stop, orang ramai terus berpusu2, bertolak2 untuk naik juga bas yang dah macam tin sardin tue. Sampaikan bas susah nak tutup pintu. Itulah kehidupan di bandar besar. Macam kat KL jugak kan... Sesak... Kami decide untuk ambil bas selepasnya.
Kehidupan yang mententeramkan jiwa
Keesokannya, kami berkesempatan untuk ke masjid di sebuah tempat nie, berhampiran dengan tempat yang menakutkan tadi. Bila tengok masjid tue, terpegun kejap. nie ker masjidnya? cantik,kemas dan rapi susun aturnya. Subhanallah. Rasa beruntung sangat dapat jejak kaki kat masjid yang best seperti itu, lagi2 di negara yang bukan Islam nie. Rasanya, inilah masjid yang paling best, yang saya pernah pergi, di bumi France ini. Lepas solat maghrib berjemaah malam tue, kami dipelawa untuk makan oleh orang2 masjid tue. Sambil2 makan, sempat berborak2 dengan mereka. Rupa2nya, diorang nie, bukan calang2 orang. Seorang kakak nie, dah ada master in economy. Dia kata, dia sekarang mengganggur sebab tak ada kerja kat sini. Kalau nak kerja, kena bukak tudung. Saya suka dengan keteguhan peribadinya itu. (^_^)Dah selesai makan semua, kami minta diri untuk pulang ke hotel. Tapi, dihalang oleh seorang pakcik untuk pulang dengan bas. Katanya, kami akan hantar awak semua balik. Terus dipanggil semua kawan2 dia yang ada kereta untuk hantar kami pulang.
Saya dan 3 orang kawan menaiki kereta seorang brother nie. Kalau boleh saya anggarkan umurnya, dalam lingkungan 30-40 tahun. Muda lagi orangnya. Dalam perjalanan ke hotel tue, kami sempat berborak dengannya. Brother nie berasal dari Algeria. Dulu dia pelajar kat U, tapi tak sempat habiskan pengajiannya atas desakan hidup. Dia terpaksa bekerja. Dah lebih kurang 20 tahun dia berhijrah ke bumi heksagon ini. Dan sekarang, dia dah jadi businessman yang berjaya. Dia mempunyai satu syarikat bersama 17 orang pekerja. Subhanallah, seronok dengar orang2 Islam yang berjaya nie. Tingkap kaca kat masjid tue, brother nie n the gang lah yang buat. Tiba2 saya terfikir, agak2nya, masjid nie sangat cantik sebab 'orang2' masjid nie gunakan kepakaran yang mereka ada untuk bina sebuah rumah Allah yang indah ini. Subhanallah!
Yang paling saya suka bila dia cakap pasal susahnya nak amalkan Islam di bumi asing ini, sebab itulah mereka cuba bina satu bi'ah islamiah (suasana Islam) di tempat tersebut supaya mereka tak mudah lalai dengan kehidupan orang barat ini. Alhamdulillah, ada ramai juga orang yang peka terhadap masalah ini.
Sebelum kami sampai di hotel, brother nie sempat pesan kat kami supaya berdoa banyak2 sebab doa2 orang2 yang bermusafir nie afdal, katanya. InsyaAllah, brother. Saya doakan moga Allah merahmati kalian semua yang membantu kami dan Allah permudahkan urusan kamu semua dan kami. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian semua. Amin. Barakallahufikum~