Assalamualaikum w.b.t...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T sebab finally, dapt jugak saya aktifkan balik blog saya nie. (setelah b’minggu2 pikir utk smbung balik). Actually, dah lama saya berhenti menulis blog nie... setengah jalan jer sbb saya tak ISTIQAMAH ! huhu... yelaa, nk istiqamah nie bkn senang sahabat2 ku.


Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Abu Juhaifah r.a. dikemukakan bahwa
para sahabat berkata:

"Wahai Rasulullah, kami melihat anda sungguh telah beruban!"
Rasulullah saw. bersabda Surah Hud dan beberapa surah sebangsanya (telah
menyebabkan aku beruban)".

Dalam suatu riwayat lagi,


Ibnu 'Abbas r.a. mengemukakan:

Abu Bakar r.a. berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh anda telah beruban!'
Rasulullah saw. bersabda: "Surah Hud, surah al-Waqi'ah, surah al-Mursalat, surah Amma yatasa'alun dan surah Idzasy-Syamsu Kuwwirat, menyebabkan aku beruban"


Sahabat2 rasa apa maksud Rasulullah ? hurmm...


Cuba kita tgk Surah Hud, ayat 112:

“ Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” [11:112]

Yang saya highlightkan dgn wrna hijau tu: tetaplah, dalam bhs arab, “fastaqim” yang juga b’maksud, “Istiqamah”.

Kenapa agaknya sbb word “tetaplah/ istiqamah” m’buatkan Rasulullah b’uban? Sbbnya, istiqamah tue satu bnda yang susah. Macam yang saya bgtau tadi. Hehe.


Tapi, insyaAllah, kali ini saya cuba utk istiqamah dalam berkongsi dgn anda semua. Hehe.. Dan apa yang nak saya sajikan bknlah sekadar kehidupan harian sahaja... klau boleh, saya nak kongsi dgn sahabat2 semua, ilmu2 yang b’manfaat utk kita. (^_^)

Mesti pembaca nak tau, kenapa saya pilih « Saya orang Dagang » as nama blog saya kan? Bukan sbb saya nk b’dagang, tp, sebab, saya tertarik sgt dgn satu hadith ini:


Rasulullah SAW bersabda:

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim

Saya suka dgn hadith kat atas sbb saya rasa, jika kita dapat jadi org dagang yang Rasulullah maksudkan, betapa b’untungnya kita nie. DAN SAYA INGIN MENJADI ORANG DAGANG ITU! (^_^) Yelaa, bila saya berada di bumi asing ini, byk yang saya pelajari tentang agama saya yang syumul ini. Kalau kat France nie, kat certain2 tempat, org2 French ada yang pandang pelik tgk kita yang pakai tudung nie. hurmm.. tue laa dugaan. Tapi, bila diorang pndang pelik, lagi laa saya nak tnjukkan yang saya nie, manusia macam korang jugak, Cuma saya b’tudung sbb saya b’agama islam dan pencipta saya perintahkan saya pakai tudung. So, pandang laa saya mcm mana pun, saya x gerun! (huhu.. t’semangat plak)

InsyaAllah, saya berhenti kat sini dulu utk muqaddimah blog saya nie. Saya akn cuba sajikan sahabat2 dgn hidangan yang enak2 klau diizinkan-Nya. Untuk tutup post kali nie, nk share satu ayat Al-Quran utk renungan b’sama :

“Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” At-Taubah [9:105]

à Usaha yang Allah tgk, bkn hasilnya. Maka, sahabat2ku, terus berusaha, jgn putus asa, ok? (^_^)

p/s: to all pembaca, jgn segan2 bagi komen2 yg m’bina utk saya p’baiki mutu blog sy dari masa ke semasa coz saya budak baru blaja, klau salah, tlg tnjukkan. (^_^)

~Salam Ukhuwah~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim