Alhamdulillah, saya masih lagi di sini... hehe... sekarang nie, jarang sekali nak menulis di blog nie. Idea tak datang laa. Kalau boleh, tak nak lah kongsi sesuatu yang tak memberi manfaat kat sahabat2 semua. Kalau tak banyak korang dapat pun, sikit pun jadilah kan...
Detik 12 malam, baru nak start menulis... haish! ah patut tido dah masa nie, Esok, susah kang nak bangun... Nak buat macam mana, perasaan untuk menulis nie datang mengejut, tiba2... hehe... Tajuk post kali nie, x der kena mengena pun ngan apa yang saya nak tulis. (actually, x tau dah nak bagi tajuk apa... huhu... kekurangan idea. yang terlintas is dot.dot n dot... hehe)
Apa yang membuat saya nak menulis tetiba nie?
Hurmmm... baru lepas baca blog feveret... Seriously, setiap kali baca, rasa nak nanges pun ader... Tak semestinyer apa yang ditulis tue sedih...yang orang boleh gelak pun, saya rasa nak nanges... Mungkin, hati yang dibasahi, so, rasa nak t'keluar kat kelopak mata nie... huhu...
Terima kaseh chef2 sekalian atas hidangan yang menarik yang anda sajikan untuk pembaca2 anda. (korang tau sapa korang) (^_~)
Tadi, baca entry baru dari sorang chef mereka, kena tagged laa plak... tapi, saya tak akan wat tag tue kat sini buat masa nie... atas sebab2 tertentu... Tapi, saya jawab sendiri2. Maybe, suatu hari, saya akan wat tag tue... insyaAllah... (^_^)
Otherwise, nak cerita, pagi tadi, time duk belek2 magazine(l'Express n Le Point) + surat khabar (Le Monde) yang saya langgan... terjumpa laa juga articles yang menarik2, yang buat saya senyum sikit. Actually, dah lama gila saya tak bukak magazines yang saya langgan sebab saya sangat fed up ngan magazines tersebut. Kalau tak cerita pasal politik n orang2 politik kat France nie, cerita pasal religions (tapi, dalam konteks yang tak best didengar, dilihat dan dibaca) Tapi, tadi, terasa nak baca gak laa articles dier sikit2, dan saya jumpa article pasal sorang perempuan turki yang nak baca balik(=kaji) al-Quran. Ingatkan article yang negative, tapi, tak. Alhamdulillah, positive. huhu...
Korang tau kan yang orang2 turki nie, sangatlah menyanjung Pakcik Kamal kesayangan mereka? Kononnya, bapa permodenan turki... (tapi, bagi dunia islam yang lain, dier lah punca jatuhnyer sistem khalifah islam. Sapa tak tahu, dengarlah lagu 1924 by soldiers of Allah ataupun marilah mengenal sejarah kita... (^_~) ) Sekarang, turki mengamalkan sistem "laïque" seperti negara France. Perkataan "laïque" nie, dalam bahasa melayu x wujud, kita hanya ader satu perkataan yang sinonim dengannya iaitu SEKULAR. Dan diorang juga amalkan sistem demokrasi. Dalam sebok2 kebanyakan warga turki duk menegak benang yang sedia basah tentang tudung wanita, eh ben, makcik nie, dia juga mahu gunakan sistem demokrasi itu untuk menegakkan hak dia dan rakan2nya yang memakai tudung. Hebatlah makcik nie. (^_^) Dalam article tue juga ada mention pasal kumpulan anti pakcik Kamal. Owh, ada rupanyer, ingatkan, semua orang kat turki tue fikir Kamal Atartuk tue betul. Fuhh.. lega sikit. (sikit jer laa... )
Belek2 lagi magazine, jumpa satu article pasal ketidakpercayaan beberapa orang tentang punca2 berlakunya 11 september. Diorang tak percaya tue keje orang2 Islam, diorang rasa, itu semua keje orang2 yahudi. Dalam hati saya masa tue --> alhamdulillah... Walaupun, saya tau jer cerita tentang ramai orang2 Amerika yang masuk Islam selepas sept. 11, tapi, saya suka sebab, ader juga media yang siarkan pasal ketidakpercayaan orang2 tentang punca2 sept. 11. Dalam hati nie, moga2 orang2 french yang baca article nie, t'bukak sikit hati nak fikir balik sapa penyebabnya...
Untuk tutup post saya nie, nak share satu ayat al-Quran:
" Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau, Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti"
[al-An'am:32]
~Moga Bermanfaat~