Salam w.b.t...
Dalam entry saya yang dulu, saya pernah bagitau yang saya akan share resepi-resepi yang saya cuba dekat ruangan "sharing2" di sebelah kanan. Tapi, disebabkan teruja terlebih dengan resepi baru saya nie, saya mau kongsi dalam entry ini. hehe...
Semenjak dua menjak nie, hobi mencuba resepi baru saya telah terfokus dekat resepi roti. yup, saya suka buat roti! hehe...
Selama nie, saya ingatkan susah sangat buat roti nie, rupanya tak pun. Rupanya, lagi senang dari buat kek. (bagi saya laa)
yelaa... buat kek nak kena pukul butter dan gula sampai kembang dulu. (part yang saya paling malas skali...sebab tak ader mixer... kena pakai tangan...huhu. Tapi, suka jugak nak buat) hehe...
kalau buat roti, campak jer semua. then, uli. Lagi senang.
Macam diri kita jugak, kadang2 kita tak terfikir untuk berubah. Kita rasa, apa yang kita buat tue laa yang best walaupun complicated sebenarnya. Kenapa kita tak cuba cari jalan yang mudah dan selamat? Pening ek? Alaaa...kalau nak wat contoh:
Harun : Macam mana nak pegi sekolah dari sini?
Kevin : Ada dua pilihan jalan; A dan B. Jalan A jauh, jalan B dekat sikit. Tapi, saya suka jalan A.
Walaupun jalan A jauh, tapi jalan A best.
Harun : Jalan B x best ker?
Kevin : Errr... nampak macam x best. Nampak macam susah jer nak lalu jalan tue.
Harun : Nampak macam? maknanya, awak tak pernah lalu lagi laa jalan tue?
Kevin : Hehe..belum.
Harun : Jom kita cuba lalu jalan B. Kalau tak cuba, tak tahu. Lagipun, jalan B yang dekat kan?
Setelah melalui jalan B, barulah Kevin sedar yang jalan B lagi mudah, cepat dan best. Selama nie, Kevin tengok dari jauh jer dan dia tak berani nak cuba.
Haa... paham tak apa yang saya cuba nak sampaikan? Kalau x paham, cuba pikir lagi. Saya memang tak nak terangkan. Nak suruh anda semua pikir sendiri. hehe...
Revenons a nos moutons... (= berbalik kepada tajuk kita tadi)
Setakat nie, saya dah cuba dua resepi roti... satu, potato bread dan satu lagi roti tuna. (adoi, campur2 bahasa). Dan dua2 resepi saya ambil dari myresepi (page famous, especially untuk student2 kat overC yang tringin nak makan masakan melayu tapi tak der. kena laa wat sendiri...huhu)
Voila! nie hasilnya... (^_~)
nie potato bread. Kalau anda semua dapat lihat, potato bread saya berbentuk macam bintang skali tengok,bnyak kali tengok macam tapak sulaiman pun ada. huhu... x kesah laa, asal rasa dia ada, dah cukup. huhu...
Nie pulak, roti tuna. Cubaan saya untuk membuat bentuk bunga tidaklah berjaya sangat. huhu... dan roti saya x soft sangat (sebab memandai pegi tambah tepung...so, keras laa...)
--> Nie satu hal lagi, kalau dah pilih jalan mudah,selamat, cepat dan best tue, janganlah pegi complicatedkan lagi. pegi tambah batu laa, ranting kayu laa kat tengah jalan, memang la susah nak jalan. Nak nampak cantik,last2, kita yang sakit. Macam roti saya laa, saya memandai tambah tepung, kan dah keras. Kalau rules dia dah begitu dan dah ader bukti2 yang mengatakan rules tue betul, ikut jer laa. senang.
Fikir-fikirkanlah...
~Selamat mencuba resepi~ (^_^)