Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t...

Ramai orang yang bertanya, "korang ambik french course?korang belajar apa? grammar gitu ker? literature ker?"

Ramai jugak orang yang kata, "korang ambik french? bahasa...senang laaa..."

So, entry kali nie, saya nak kongsi apa yang saya belajar sebenarnya dan meh kita tengok,senang sangat ker? (tapi, tak ada benda kat dalam dunia nie yang senang. Kalau senang, tak payah pegi kelas pun tak per)

Memandangkan semester 1 dan 2 untuk 2nd year berbeza subjeknya, so, saya kenalkan semester 1 saja kat korang dan juga 1st year saya di CLA(centre linguistique apliquee)
(=linguistic centre)

(tak boleh nak citer yang sem 2 punya sebab asyik tak ada klas sebab mogok dan apa yang saya belajar, still sikit untuk dikongsi)


CLA

Kitorang belajar kat sini laa masa tahun pertama di France. Walaupun kitorang belum masuk U lagi, tapi, nie dah dikira 1st year U. (sebab, CLA n UFC ada collaboration). Dekat CLA nie, kira untuk asah bahasa perancis kitorang bagi mantap laa. Dan kat sini, ada banyak level. Memandangkan kitorang dah buat preparation kat malaysia selama 2 tahun dan dah ambik exam sampai level B2(exam nie laa menetukan kitorang fly ker x), kitorang diletakkan di klas level C1(iaitu level yang tinggi sikit laa). Kat sini, subjek dia tak berat sangat laa. tapi ada gak satu dua yang pening2. Such as, linguistique generale(=linguistik secara generalnya). Nama saja general, tapi susah amat. Lagi2, cekgu tue guna teori yang dia buat sendiri untuk mengajar. So, bahan rujukan limited laa. (Memang x pernah rujuk buku, rujuk nota dia bagi jer). Ada jugak subjek yang baru dan best. Macam Semiologie(Science of signs). Dalam subjek nie, kitorang belajar macam mana nak interpret gambar dan text. Contoh: kita boleh kenal pasti tujuan gambar2 iklan yang kita tengok kat dalam majalah or TV tue dibuat sebegitu rupa. Faktor2 yang di ambil kira macam kebesaran objek, warna yang digunakan, text yang ditulis,etc.


University... 2nd year, 1st sem...

Untuk pengetahuan semua, nama course kitorang adalah Sciences du langage, information et communication(=sciences of language, information n communication). So, budak2 yang ambil course nie bukan sahaja terdiri daripada bakal2 pendidik, tetapi juga budak2 yang nak ambil mass com, yang nak jadi penterjemah, yg nak jadi orthophoniste(=speech therapist), etc. So, apa yang kitorang belajar, still general lagi laa. Belum pilih cabang lagi. Untuk sem 1 nie, kitorang ada 4 main subjects,iaitu: "Description du francais", "Phonetique et phonologie", "Enonciation, pragmatique,argumentation" , dan "Semiotique des medias". Yang paling saya rasa tak ada kena mengena dengan bidang saya adalah subjek "semiotique des medias" (=sciences of signs dalam filem) . Dalam klas nie, prof ajar macam mana nak kaji filem. kenapa kamera bergerak dari A ke B. apa effect dia. kenapa muzik dipasang dengan kuat pada babak nie dan kenapa slow pada babak lain dan macam2 lagi laa. tapi, semuanya berkaitan dengan filem dan vocab yang digunakan juga agak specific. Kalau kat malaysia, mungkin orang2 yang ambik course perfileman jer yang belajar benda2 cmnie.(Saya tak pasti). Dan inilah juga subjek yang paling mencabar time exam ari tue. Sebabnya, it's all about interpretation! even korang hafal semua vocab dan paham semua apa yang diajar, belum tentu lagi jawapan korang yang tertulis memuaskan hati prof tue selagi tak sama dengan apa yang dia interpret. Dan korang tak akan dapat tau jawapan dia pun lepas habis exam. hehe... Kalau prof tue pemurah, dia bagi laa markah walaupun bukan jawapan tue yang dia tunggu. Kalau prof tue cerewet sikit...hurmmm... (sambung sendiri).

Tapi, seronok jugaklaa belajar subjek nie, Now, bila tengok sesuatu cerita, dapat nampak juga message mendalam yang citer tue nak sampaikan. (yang mungkin susah nak nampak dgn mata kasar kalau sekali tengok)

Avantage course nie: tak ada TP(=makmal/praktikal). So, klas x pack sangat laa. Hanya ada kuliah dan tutorial saja.

Disavantage course nie: semua yang dipelajari, tak tau boleh apply masa kerja nanti atau tak.


Anis Liyana: Entry kali ini, memang nak bercerita pasal subjek2 yang dipelajari untuk berkongsi dengan korang semua yang tertanya2, apa yang kitorang belajar. (^_^)

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim