HADITH 19
Ingat Allah, Maka Allah Mengingatimu
****************************
Anis: Nani, malu giler aku tadi, rasa nak terjun dalam sungai Doubs tue jer!
Nani: Napa nie?
Anis: Tadi aku jmpa Mme Berard.(=pengarah CLA yang baru merangkap x-prof saya). Aku ckp tunggang
terbalik ngan dier tadi. Nak kata aku lama x practise ckp french, smlm ok jer ckp ngan Florian. Aku
rasa, aku stress kot jumpa Pengarah. haha...
Nani: Ko cakap apa kat dier?
Anis: (Cerita di tapis. sbb memalukan diri sendiri as a french linguistic student. haha!)
Nani: Nak wat macam mana,
pena-pena telah diangkat, lembaran-
lembaran dah kering dakwatnya. Dah ditakdirkan, pada hari sekian sekian, ko dimalukan...
Anis: Dimalukan oleh diri aku sendiri... huhu...
Salam...
hehe... saja jer intro macam nie... tue,satu kisah benar yang berlaku petang tadi masa saya ke CLA. Sampai skrang, bila teringat peristiwa tue, rasa nak terjun kat sungai Doubs yang indah permai tue. huhu... Lama saya tak menulis di blog nie. Seminggu lebih. Bukanlah sebab sibuk. Malah, kurang sibuk pun. Tapi, sebab tak sibuklah, saya tak pandai nak manage masa saya. huhu. Astaghfirullah... Ok, revenons a nos moutons... Yang saya nak tekankan, bukanlah cerita saya tue, tapi kepada apa yang sahabat saya cakap kat saya, yang diambil dari hadith 19 (dari koleksi hadith 40 imam Nawawi)
Banyak sebenarnya pengajaran yang kita boleh ambil dari hadith nie. Salah satunya, kita percaya dengan qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk kita. Dan kalau kita selalu ingat Allah, Allah akan selalu ingat kita.
Memetik kata-kata dari hadith di atas: "Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu", teringat juga satu peristiwa yang berlaku (juga) tadi, masa on the way nak balik ke rumah saya dari rumah sahabat saya dengan berbasikal. Actually, dah lama saya tak naik basikal. Baru mula balik semalam sebab cuaca dah agak baik. So, saya sangatlah cepat pancit/letih bila mengayuh, especially, kat bukit. (maklumlaa, Besancon nie berbukit bukau). Setelah penat kayuh basikal kat bukit, saya decide untuk hilangkan penat kat bus stop yang ada tempat duduk. Fuhh! lega... Saya sambung perjalanan saya, tapi kali nie, saya heret jer basikal tue. tak larat nak kayuh sebab kat depan tue, jalan stil berbukit. Tengah syok2 jalan nie, tetiba...
"Excusez-moi... excusez-moi!" Macam orang kat belakang nie panggil aku. Tak apalah, buat bodoh jer laa... Konon2 tak dengar.
Saya pun, jalan laa lagi.
"Excusez-moi!!! *****" Makcik kat depan nie pun tengok kat orang tue? Eh, apasal makcik nie tengok kat aku? Betullah tue, orang belakang panggil aku. Tengoklah kejap.
Saya pun toleh laa ke belakang. Saya nampak, seorang laki-laki, berdiri di luar kenderaannya dan di dalam kenderaan tue, ada lagi kawan2 dia. Laki2 n perempuan. Bila dia tengok saya dah menoleh ke arah dia, dia pandang kawan2 dia. Saya pun tengok jugak kat kawan2 dia. Tapi, semua mata tertumpu kat saya. Lelaki tue pun, cepat2 menuju ke arah saya. Masa tue, saya rasa sangat takot sebab gerak laku diorang sangat mencurigakan. Apa yang mampu keluar kat bibir saya sementara menunggu lelaki tue sampai kat saya adalah: "Au'dhzubillahiminashsyaithanirrajim"
Bila lelaki tue sampai depan mata saya, dia tanya saya:
"Excusez-moi. Je voudrais vous demander... Est-ce que vous savez, a quoi ca sert le chien?"
(Excuse me. Saya nak tanya awak... Awak tahu tak, apa gunanya anjing?)
Sesambil kedua2 tangannya digenggam2 kan...
Apa jenis soalan laa mamat nie tanya! masa tue, saya memang dah fikir yang tak elok jer. Tapi, dalam takot tue, saya jawab jugak...
"pourquoi?" (kenapa?)
"C'est juste un sondage" (hanya survey)
"jsais pas" (saya tak tahu) sesambil senyum dengan senyuman palsu+takot!
"vous savez pas? ok" (awak tak tahu? ok)
Tanpa membuang masa lagi, saya terus naik basikal dan kayuh lelaju. Dah tak ingat dah penat saya tadi, Saya just fikir, nak kayuh laju2 dan cepat2 sampai, saya takot sangat diorang ikot saya dari belakang. Tengah duk kayuh basikal sambil tercungap2 tue, saya baca 4 Qul... tue jer yang terlintas kat fikiran saya masa tue. Alahmdulillah, saya pandang belakang, tak ada pun kenderaan diorang... Masa tue, saya terfikir, mungkin, diorang tak berniat jahat pun... mungkin, lelaki tue dicabar oleh kawan2 dia untuk tanya saolan yang pelik kat sesiapa sahaja yang lalu jalan tue...
Kalau korang laa dalam keadaan saya... korang tak pelik ker, tetiba ader orang tanya korang soalan pelik bin ajaib macam tue??? ada ker tanya apa gunanya anjing??? serius tak masuk akal. Mana saya tak curiga kat diorang kan... huhu...
Tue laa kisah panjang lebar saya... Saya tak tahu pun diorang berniat jahat ke tak kat saya.. tapi, kalau betul diorang berniat jahat, dan kalau Allah tak izinkan benda tue berlaku, perkara tue tak akan terjadi... insyaAllah... Dan kita yang dipihak mangsa keadaan, kita kenalah selalu mengingati Allah... maksud saya, bukan masa dalam kesusahan sahaja, tetapi, setiap masa.
(peringatan lebih2 lagi untuk diri sendiri!)
Sesiapa yang pernah tengok cerita Mutiara Hati kat ntv7, mesti pernah dengar lagu "Ingatlah Allah" ( penyanyi dia, sakha ek?). Bestkan lagu tue? Lagu tue, memang best dan rancak, tapi, lirik dia laaaagiiii best! (^_^) Ingatkan kita supaya ingat Allah setiap masa tak kira apa jua keadaan kita. Macam hadith 19 nie... (^_^)
Voila2...
Dah panjang sangat nie. Moga yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
~Wallahua'lam~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim