Bismillahirrahmanirrahim...


Salam w.b.t...


Tanggal 23hb februari 2009 bersamaan 28 safar 1430H, saya merasa sangat gembira. Mungkin bukanlah hari yang paling gembira, tapi, ia adalah salah satu. huhu... Untuk sesiapa yang ada ym saya dan membaca status message saya : "ari nie saya sgt hepi. rasa nk senyum lebar 10 inci. alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah~ :D", tertanya2 pada hari itu, kenapalah si anis nie gembira sangat? (ramai pun yang dah bertanya...hehe)

Sebenarnya, saya rasakan, hari itu, Allah susunkan jadual saya dengan cantik. Dan, bila difikir2kan, saya tersenyum sorang-sorang. Saya rasa, indahnya Sunnatullah. Mari jenguk diari gembira saya untuk hari itu...

  • Pagi itu, saya merasa syukur dan gembira kerana hari saya dimulakan dengan solat jemaah bersama rakan-rakan. Nikmat berada bersama kawan-kawan yang ramai. (jangan jeles sapa yang duk sorang-sorang) (^_~)

  • - Disebabkan mogok, kelas saya still dibatalkan untuk hari isnin itu. Sebenarnya, saya dah tahan asyik tak ada klas. Jadi, saya ambik keputusan untuk hadir ke meeting pelajar-pelajar jurusan saya. Kami yang pegi adalah orang-orang yang nak kelas diteruskan dan cuba cari solution lain selain mogok yang berterusan ini. Kerana kami tak mahu semester kami rugi begitu sahaja. (walaupun dalam masa yang sama, kami memang setuju sebab-sebab mogok ini diadakan) Banyak benda baru yang saya belajar hari itu... (saya sebenarnya baru clear apa yang terjadi sebenarnya dan kenapa diorang bersungguh-sungguh sangat buat mogok)

  • Walaupun mogok, ada juga prof yang buat kelas. So, petang itu, saya ke kelas arab. Saya sampai lambat 20-25 minit ke kelas disebabkan meeting habis agak lambat dan saya belum solat asar lagi. (lupa untuk buat jamak tamam) (bergegas ke rumah nani dan lilo untuk tumpang solat) (^_^)

  • Saya ingatkan, saya orang yang paling lambat, rupanya ada sorang lagi kawan kami yang lambat (dia ingatkan kelas pukul 5...huhu). Saya kenalkan dia dengan panggilan S ek. Setelah melihat dia laa, hati saya jadi berbunga-bunga dan bibir rasa nak tersenyum lebar sambil ucapkan syukur. Bukan sebab dia lagi lambat dari saya! pas du tout. tidak sama sekali! Tetapi, saya nampak perubahan pada diri dia...

Cerita S...

S adalah kawan sekelas arab saya. (dia bukan budak jurusan saya. kami hanya berjumpa time kelas arab sahaja). Saya rasa, saya boleh bilang dengan jari berapa kali saya jumpa dia dari last semester sebab jarang jugak dia datang ke kelas. Mungkin sebab dia ada kelas lain. (khusnul zhon=bersangka baik) Kadang-kadang saya yang tak datang kelas. hehe... Kami tak berkawan rapat, dan mungkin, dia tak tau pun nama saya. Apa yang saya tau pasal S, dia adalah seagama dengan kita(insyaAllah, btul informasi ini) dan berasal dari keturunan maghribi. (saya dah lupa negara mana, sama ada morocco atau algeria). Apa yang buat saya teruja tengok S adalah.... Dia sudah mula memakai tudung, menutup auratnya. (^_^) Mungkin bagi sesetengah orang, biasa laa tue..normal jer... tapi tidak bagi saya. Tiada yang lebih indah dari melihat manusia mengabdikan diri kepada-Nya dan menegakkan agama-Nya. Saya rasa kagum sangat dengan dia, macam mana dia boleh ambil keputusan untuk bertudung dengan tiba-tiba. Yelaa... dengan keadaan persekitaran dia, seperti kawan-kawan dia... Tapi, bila difikir-fikirkan balik, hidayah Allah, siapa yang tahu. (^_^) Saya hanya berdoa supaya dia tetap dengan keputusan dia itu di samping, berdoa supaya Allah sentiasa melindungi saya dari perbuatan keji dan mungkar yang tidak disukai-Nya. itulah kisah S... (^_^)

  • Kegembiraan saya tidak tamat di situ sahaja. hehe... Yang ini, kelakar sikit laa... Saya gembira sebab prof arab saya, dah tau nama saya! (Selama nie dia tak tahu ker?) jawapannya, tidak. Baru hari isnin tue, dia tanya saya (itu pun, sebab ada ayat yang memerlukan nama seorang perempuan) huhu... Sebenarnya, saya dan seorang lagi rakan, adalah auditrices libres(=attending as an observer). So, tak kenal pun tak per laa... Cuma, rasa macam kelakar laa kan, sebab kitorang bukan ramai pun, x sampai sepuluh orang pun... tapi, dia tak pernah tanya nama saya dan kawan saya... huhu... Lepas nie, saya mungkin dah tak boleh nak ikot kelas dia atas sebab jadual yang clash. So, saya akhiri kelas arab dengan senyuman yang melebar jugaklaa... hehe... =D

  • Hari saya berakhir dengan ingatan-ingatan yang sangat bermanfaat dari rakan-rakan seperjuangan saya. (walaupun jauh di mata, internet ada memudahkan kerja) haha...pantun dua kerat... (^_^)

Voila2, tamat juga akhirnya~ huhu...

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " [al-Baqarah:216]

--> ini laa salah satu ayat daripada ayat2 favourites saya, merangkap ayat yang memotivasikan diri saya. (^_^)

~ Moga Bermanfaat~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim