Hehe... sejak blog berwajah baru nie, 'ter' rajin plak update blog. huhu...
Untuk pelajar2 kat Oversea, untunglah sapa2 yang balik Malaysia bulan2 macam nie... MUSIM BUAH! Wah, banyak sangat buah2an tempatan yang best2! Durian, manggis, rambutan, mata kucing, etc... Seronok menikmati buah2an tempatan kita dengan harga yang murah. Kadang2, tak payah beli pun. Ada saja orang yang bagi. (^_^) Ada seorang kawan saya nie, sampai kena food poisoning sebab makan buah2an banyak sangat. heehee... makan berpada2 ek guys! (^_~)
Kat Oversea tue, bukannya tak ada, cuma, harganya berkali1000x ganda mahalnya! dan buahnya dah tak berapa fresh.
Tapi, kadang2, rindu jugak nak makan buah2an 'import' nie. huhu... Macam kiwi, strawberi, anggur, etc... Bukan kat Malaysia tak boleh makan, cuma harganya, mahallah sikit. Haa, kes terbalik dengan yang kat atas. hehe... Tadi, bukak blog someone kat oversea, diorang makan strawberi coklat. Teringat hari tue, beli satu set (yang ada 3 batang lidi) buah2an salut coklat dengan harga RM10! adoi, terasa mahalnya nak makan fruit choc nie... huhu... Kalau buat sendiri, sure lagi murahkan? ngee~
Kalau kat France, selalu jer buat sendiri apa2 yang kitorang rasa nak makan, Maklumlah, kat France nie, susah jugak nak dapat makanan yang persis selera kita. hehe...
Eh, apsal cerita pasal buah2 plak nie?
Sebenarnya, buah2an tue, hanyalah analogi yang tiba2 terlintas kat kepala saya. Ada 2 points yang saya nak ceritakan kat sini sebenarnya.
1~
Korang perasan tak, situasi kat Malaysia dan kat Oversea nie, ada pros and cons nya. Saya selalu fikir, bestnya duduk kat France nie, rasa macam tak nak balik. Bukanlah saya lupa diri ker apa, cuma, kat sini, saya rasa Islam tue lagi dekat ngan saya. Yang tak bestnya, cuma tak dapat nak solat secara terbuka kadang2 ada masalah dengan tudunglah, itulah, inilah... Kalau kat Malaysia plak, senang nak amalkan ajaran Islam, kalau pergi mana2, insyaAllah, ada tempat untuk solat. Kalau time belajar, ada waktu diperuntukkan untuk solat. Tapi, disebabkan kesenangan2 ini, kadang2, kita lupa nak appreciate kelebihan2 tue. Kita rasa benda tue semua normal bukan special. Sedihnya kan?
2~
Saya ada mention kan yang banyak makanan yang kitorang (kat France) nak, kitorang buat sendiri... Sebenarnya, saya suka situasi nie. Walaupun susah, disebabkan keinginan yang tinggi, kitorang cuba jugak buat walaupun kadang2 tak cukup bahan. Kadang2 bahan ada, tapi tak halal pulak. Kalau kat Malaysia, just name it, tentu ada saja dijual kat kedai2. Ini semua ajar kita untuk lebih berdikari. Berdikari bukan sahaja dalam nak dapatkan makanan yang kena dengan tekak kita, tapi juga, berdikari dalam menguruskan hidup (semua benda kena buat sendiri), berdikari dalam memastikan yang kita semakin dekat dengan Islam, bukan semakin jauh... Sebab kat Oversea, jarang sekali orang kisah dengan apa yang kita buat. Nak solat@ tak nak, nak puasa@tak nak, nak minum arak@tak, nak buat maksiat@tak... C'est toi qui decides! (It's up to you!) Kalau ada kawan2 kita di sana yang nasihatkan kita, kita patut rasa sangat bersyukur, bukannya melenting sebab kita rasa dia nie penyibuk. Orang melayu selalu kata, jangan sibuk jaga tepi kain orang. Tapi, dalam Islam, kita patutnya sibuk jaga tepi kain orang. Sebab kalau kita tak sibuk nasihat diorang, kita yang akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. Na'udzubillah...
Moga kita terus menjadi orang yang "penyibuk". Dalam kita menyibuk, jangan pulak kita yang buat perkara tue. Sebab Allah dah warning dalam firmanNya dalam surah As-Saff[61:2-3] Tetiba, rasa sangat takut pulak! Takut saya tak buat apa yang saya kata.... Ya Allah, kalau aku silap, betulkanlah aku... kalau aku lupa, ingatkanlah aku, Ya Allah...
Moga kita jadi orang yang ditarbiyyah dan mentarbiyyah orang lain. InsyaAllah...
~ Wallahua'lam~
M.O.G.A.B.E.R.M.A.N.F.A.A.T
* Saya besarkan sikit tulisannya, sebab post2 b4 nie nampak macam kecik sangat. Tak gitu?