VS

20:20 | 4 Comments

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam w.b.t...


Rindu sangat utk menulis di sini,,tp, asyik tak reti nak curi masa jer... huhu...


Sejak dua menjak nie, cuti saya, saya akan cuba manfaatkan dengan sesuatu yang berguna. Berjalan2, tapi, mencari ilmu...


Saat saya menulis entry ini pun, saya masih berstatus musafir. =)


Saya suka berjalan2 nie, banyak benda yang saya dapat + kerja sekolah saya pun bergerak gak. Saya cuba manfaatkan masa perjalanan saya dalam train itu untuk baca articles untuk homework saya. Alhamdulillah, gerak laa sikit2.huhu...


Kalau berjalan2, x dapat kutip sesuatu, rugilah kan...dan sesuatu tue, kalau saya tak kongsikan dengan sahabat semua, tak best lah kan... (^_~)


Kehidupan yang menggerunkan VS kehidupan yang mententeramkan jiwa



Kehidupan yang menggerunkan



gambar hiasan semata2

Sampai saja kami di stesen keretapi bandar itu, terus kami mengatur langkah menaiki metro dalam usaha untuk ke hotel kami (yang agak jauh dari stesen keretapi). Kami transit untuk ambil bas pula, di sebuah bandar ini, yang terkenal dengan "budak-budak nakal" dan tempat pengumpulan orang2 yang tak ada rumah (=SDF). Sebelum sampai lagi, saya dah cuak dan berfikir pelik2. Dalam hati, nasib baik beramai-ramai.

Sangkaan cuak saya tak meleset langsung setibanya kami di situ. Kalau boleh saya terangkan keadaan tempatnya: agak kotor, hancing,orang2 yang berkeliaran, pemuda2 yang dengar lagu kuat2... Keadaan tempat seperti itu, membuatkan saya takut. Kami tiba agak malam, so, dah ramai yang keluar untuk berpesta di bar2 dan ke mana ntah lagi diorang nie pergi. Dalam hati terdetik, kesiannya diorang nie, macam tak tahu arah tujuan hidup diorang yang sebenarnya.

Kami cuba untuk mencari bus stop untuk bus yang nak dinaiki, malangnya, sign board tak membantu langsung. Kami cuba tanya orang2 di sekitar tempat tue. Tapi, mereka agak tak peramah. Ramai yang jawab, "tak tahu", dan terus pergi. Selepas berusaha mencari, kami tiba di bus stop yang sepatutnya. Masa bas hampir sampai, kami dah nampak keadaaan dalam bas yang penuh. Dalam hati saya, "tak boleh naik nie, dengan beg2 lagi". Bila bas sampai saja depan bus stop, orang ramai terus berpusu2, bertolak2 untuk naik juga bas yang dah macam tin sardin tue. Sampaikan bas susah nak tutup pintu. Itulah kehidupan di bandar besar. Macam kat KL jugak kan... Sesak... Kami decide untuk ambil bas selepasnya.

Kehidupan yang mententeramkan jiwa

Keesokannya, kami berkesempatan untuk ke masjid di sebuah tempat nie, berhampiran dengan tempat yang menakutkan tadi. Bila tengok masjid tue, terpegun kejap. nie ker masjidnya? cantik,kemas dan rapi susun aturnya. Subhanallah. Rasa beruntung sangat dapat jejak kaki kat masjid yang best seperti itu, lagi2 di negara yang bukan Islam nie. Rasanya, inilah masjid yang paling best, yang saya pernah pergi, di bumi France ini. Lepas solat maghrib berjemaah malam tue, kami dipelawa untuk makan oleh orang2 masjid tue. Sambil2 makan, sempat berborak2 dengan mereka. Rupa2nya, diorang nie, bukan calang2 orang. Seorang kakak nie, dah ada master in economy. Dia kata, dia sekarang mengganggur sebab tak ada kerja kat sini. Kalau nak kerja, kena bukak tudung. Saya suka dengan keteguhan peribadinya itu. (^_^)

Dah selesai makan semua, kami minta diri untuk pulang ke hotel. Tapi, dihalang oleh seorang pakcik untuk pulang dengan bas. Katanya, kami akan hantar awak semua balik. Terus dipanggil semua kawan2 dia yang ada kereta untuk hantar kami pulang.

Saya dan 3 orang kawan menaiki kereta seorang brother nie. Kalau boleh saya anggarkan umurnya, dalam lingkungan 30-40 tahun. Muda lagi orangnya. Dalam perjalanan ke hotel tue, kami sempat berborak dengannya. Brother nie berasal dari Algeria. Dulu dia pelajar kat U, tapi tak sempat habiskan pengajiannya atas desakan hidup. Dia terpaksa bekerja. Dah lebih kurang 20 tahun dia berhijrah ke bumi heksagon ini. Dan sekarang, dia dah jadi businessman yang berjaya. Dia mempunyai satu syarikat bersama 17 orang pekerja. Subhanallah, seronok dengar orang2 Islam yang berjaya nie. Tingkap kaca kat masjid tue, brother nie n the gang lah yang buat. Tiba2 saya terfikir, agak2nya, masjid nie sangat cantik sebab 'orang2' masjid nie gunakan kepakaran yang mereka ada untuk bina sebuah rumah Allah yang indah ini. Subhanallah!

Yang paling saya suka bila dia cakap pasal susahnya nak amalkan Islam di bumi asing ini, sebab itulah mereka cuba bina satu bi'ah islamiah (suasana Islam) di tempat tersebut supaya mereka tak mudah lalai dengan kehidupan orang barat ini. Alhamdulillah, ada ramai juga orang yang peka terhadap masalah ini.

Sebelum kami sampai di hotel, brother nie sempat pesan kat kami supaya berdoa banyak2 sebab doa2 orang2 yang bermusafir nie afdal, katanya. InsyaAllah, brother. Saya doakan moga Allah merahmati kalian semua yang membantu kami dan Allah permudahkan urusan kamu semua dan kami. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian semua. Amin. Barakallahufikum~




~Wassalam~


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t...

Last week...

"ok, minggu nie, korang baca text nie... 'MEDIAS, POUVOIRS ET STRATEGIES' oleh Francois-Bernard Huyghe" kata tutor saya. (in french of course)

Reaksi saya selepas baca article nie...

"Wah, menarik! walaupun pening2 sikit"

Dan reaksi rakan sekelas selepas saya suarakan kat mereka...

"Otak kau memang linguistik laa"

Hehe... saya tak tau laa otak saya linguistik ker tak. Yang menyebabkan saya suka text nie, saya dapat relate kan dengan banyak aspek yang saya belajar berkaitan dengan Islam.

Saya quote salah satu perenggan dalam text yang saya baca yer:

"...toute strategie de l'information doit occuper du temps, donc, de l'attention, et gagner un monopole... dans le domaine de la parole ou de la representation. Par ailleurs, le pouvoir de l'information reside aussi dans sa capacite de dechainer des sentiments, de rassembler des communautes partageant les memes emotions... Soit l'exemple de la musique-... elle peut s'integrer a une strategie... de l'effet "subversif" que peut exercer une certaine musique dans un certain contexte culturel(.. musique occidentales dans le monde islamique...)"

Kepada sesiapa yang membaca dalam french, minta maaf atas ketiadaan accents. huhu... Saya suka ayat terakhir tue... saya terangkan sikit2 apa yang dia cakap ek:

Dia kata, strategy of information, keje dia, "mengisi" waktu kita dengan tarik perhatian kita dan monopoli kita. the power of information nie juga berhubung kait dengan kemampuannya untuk membangkitkan/ melepaskan perasaan kita. Contohnya, muzik. Diorang menggunakan effect "subversif"(iaitu effect yang melanggar aturan yang dah sedia ada). Seperti memperkenalkan muzik barat ke dalam dunia islam.

Bila saya baca perenggan nie, terus saya teringat tentang Ghazwul Fikri (GF).

Korang tahu tak apa itu ghazwul fikri?

Kepada yang tak tahu, ghazwul fikri nie adalah perang pemikiran. Dia menyebarkan jahiliyah kat dalam diri kita. (Jahiliyah adalah perkara2 yang bathil, yang bukan kebenaran) Ada pendapat mengatakan GF nie berlaku sejak zaman nabi adam lagi. Di mana ketika nabi Adam dan Hawa di goda oleh syaitan untuk makan buah khuldi. Ghazwul fikri nie berlaku tanpa kita sedari.

Dalam sejarah islam sendiri, ada satu peristiwa GF yang sangat diingati. Mungkin boleh dikatakan permulaan berleluasanya GF nie. Iaitu cerita tentang Louis IX (Raja Perancis). Pada tahun 1249 Masihi, Louis IX ditangkap dan dikurung di Baitul Luqman di Mansuro, Mesir. Semasa di dalam penjara, dia berfikir, kenapalah ummat Islam nie sangat kuat bila berperang, susah nak kalahkan. (yelaa, orang Islam berperang untuk mati syahid, diorang pulak berperang untuk hidup, mestilah Islam lagi kuat). So, dia ambil kesempatan duduk dalam penjara tue untuk melihat sendiri kehidupan orang2 Islam. Dan dia membuat kesimpulan yang ummat Islam nie tak boleh dijatuhkan dengan kekuatan material semata-mata, mereka perlu dijauhkan dari Islam. Eh ben, dengan menularkan perang pemikiran nie laa.
Louis IX nie dibebaskan dengan penukaran emas seberat tubuhnya.

Dalam al-Quran pun ada sebut tentang GF nie. Maknanya, Allah dah mention awal2 dah. kita jer yang jarang belek al-Quran kita dan jarang nak tadabbur ayat2 al-Quran.

" Dan orang-orang yang kafir berkata, 'Janganlah kamu mendengarkan (bacaan) Al-Quran ini dan buatlah kegaduhan terhadapnya, agar kamu dapat mengalahkan (mereka)'."
[Fussilat:26]

Dan salah satu matlamat GF nie adalah untuk mencairkan dan melarutkan sahsiah (=lali dan leka dengan kebathilan) , yang juga ada disebutkan di dalam al-Quran:

"Mereka ingin agar kamu menjadi kafir, sehingga kamu menjadi sama (dengan mereka)...."
[An-Nisa':89]


Kalau dalam dunia hari nie, perang pemikiran nie sangat2 lah berleluasa. Contohnya, hiburan yang melampau untuk anak2 muda. Hafal lagu2 lebih dari hafal ayat2 al-Quran dan hadith2. Tanya jer lagu apa, semua kenal. Saya tak cakap orang lain jer, tapi kat diri sendiri nie juga. Astaghfirullah... Agak2nya lah kan, kalau tetiba sekarang, kita dipanggil untuk berjihad kat medan perang, berapa ramai jer lah yang sanggup ?

Conclusionnya, kita mungkin tak mampu nak hapuskan terus perang pemikiran ini dari muka bumi dalam sekelip mata, tapi kita kita boleh lawan dan kalahkan dia sikit demi sikit dengan menyedari kewujudan GF itu dan menghapuskan jahiliyah2 yang dalam diri kita.

Saya pernah dengar satu kata2 nie (tapi saya dh lupa ayat betul dia, so,saya buat ayat sendiri):

"Jahiliyah(=benda2 yang bathil) nie tetap bergerak, so, kita tak boleh berhenti. Kalau tak, dia akan memakan diri kita"


~Wallahua'lam~

M.O.G.A.B.E.R.M.A.N.F.A.A.T
Salam pembaca sekalian...

Alhamdulillah, saya masih lagi di sini... hehe... sekarang nie, jarang sekali nak menulis di blog nie. Idea tak datang laa. Kalau boleh, tak nak lah kongsi sesuatu yang tak memberi manfaat kat sahabat2 semua. Kalau tak banyak korang dapat pun, sikit pun jadilah kan...

Detik 12 malam, baru nak start menulis... haish! ah patut tido dah masa nie, Esok, susah kang nak bangun... Nak buat macam mana, perasaan untuk menulis nie datang mengejut, tiba2... hehe... Tajuk post kali nie, x der kena mengena pun ngan apa yang saya nak tulis. (actually, x tau dah nak bagi tajuk apa... huhu... kekurangan idea. yang terlintas is dot.dot n dot... hehe)

Apa yang membuat saya nak menulis tetiba nie?

Hurmmm... baru lepas baca blog feveret... Seriously, setiap kali baca, rasa nak nanges pun ader... Tak semestinyer apa yang ditulis tue sedih...yang orang boleh gelak pun, saya rasa nak nanges... Mungkin, hati yang dibasahi, so, rasa nak t'keluar kat kelopak mata nie... huhu...
Terima kaseh chef2 sekalian atas hidangan yang menarik yang anda sajikan untuk pembaca2 anda. (korang tau sapa korang) (^_~)

Tadi, baca entry baru dari sorang chef mereka, kena tagged laa plak... tapi, saya tak akan wat tag tue kat sini buat masa nie... atas sebab2 tertentu... Tapi, saya jawab sendiri2. Maybe, suatu hari, saya akan wat tag tue... insyaAllah... (^_^)

Otherwise, nak cerita, pagi tadi, time duk belek2 magazine(l'Express n Le Point) + surat khabar (Le Monde) yang saya langgan... terjumpa laa juga articles yang menarik2, yang buat saya senyum sikit. Actually, dah lama gila saya tak bukak magazines yang saya langgan sebab saya sangat fed up ngan magazines tersebut. Kalau tak cerita pasal politik n orang2 politik kat France nie, cerita pasal religions (tapi, dalam konteks yang tak best didengar, dilihat dan dibaca) Tapi, tadi, terasa nak baca gak laa articles dier sikit2, dan saya jumpa article pasal sorang perempuan turki yang nak baca balik(=kaji) al-Quran. Ingatkan article yang negative, tapi, tak. Alhamdulillah, positive. huhu...

Korang tau kan yang orang2 turki nie, sangatlah menyanjung Pakcik Kamal kesayangan mereka? Kononnya, bapa permodenan turki... (tapi, bagi dunia islam yang lain, dier lah punca jatuhnyer sistem khalifah islam. Sapa tak tahu, dengarlah lagu 1924 by soldiers of Allah ataupun marilah mengenal sejarah kita... (^_~) ) Sekarang, turki mengamalkan sistem "laïque" seperti negara France. Perkataan "laïque" nie, dalam bahasa melayu x wujud, kita hanya ader satu perkataan yang sinonim dengannya iaitu SEKULAR. Dan diorang juga amalkan sistem demokrasi. Dalam sebok2 kebanyakan warga turki duk menegak benang yang sedia basah tentang tudung wanita, eh ben, makcik nie, dia juga mahu gunakan sistem demokrasi itu untuk menegakkan hak dia dan rakan2nya yang memakai tudung. Hebatlah makcik nie. (^_^) Dalam article tue juga ada mention pasal kumpulan anti pakcik Kamal. Owh, ada rupanyer, ingatkan, semua orang kat turki tue fikir Kamal Atartuk tue betul. Fuhh.. lega sikit. (sikit jer laa... )

Belek2 lagi magazine, jumpa satu article pasal ketidakpercayaan beberapa orang tentang punca2 berlakunya 11 september. Diorang tak percaya tue keje orang2 Islam, diorang rasa, itu semua keje orang2 yahudi. Dalam hati saya masa tue --> alhamdulillah... Walaupun, saya tau jer cerita tentang ramai orang2 Amerika yang masuk Islam selepas sept. 11, tapi, saya suka sebab, ader juga media yang siarkan pasal ketidakpercayaan orang2 tentang punca2 sept. 11. Dalam hati nie, moga2 orang2 french yang baca article nie, t'bukak sikit hati nak fikir balik sapa penyebabnya...


Untuk tutup post saya nie, nak share satu ayat al-Quran:


" Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau, Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti"
[al-An'am:32]


~Moga Bermanfaat~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim