Salam w.b.t...
Mula2.... astaghfirullah3x kerana gagal nak update blog nie selama lebih sebulan lamanya...
Reasons?
hurmmm... memang bln 5 hari tu, agak sibuk dengan assignments yang perlu dihantar... dan ada kerja2 yang perlukan tenaga saya, kira lebih penting daripada menulis blog ini. Di tambah pula dengan laptop yang sakit... Kemudian, awal bulan 6, sibuk pula nak pindah rumah. Kemudian balik ke Malaysia...
Kat Malaysia pula, internet kat rumah rosak. Tak boleh nak guna. Tapi, sebenarnya boleh saja menulis tanpa internet. Bila2 nanti, bolehlah post kan. Tapi, macam tak syok plak menulis tanpa internet... hehe...
Dan semuanya ini alasan yang dicipta oleh manusia seperti saya... orang kata, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih... kalau betul2 cari masa, boleh jer menulis... huhu...
Banyak sebenarnya yang saya ingin kongsikan dengan pembaca, tapi, semuanya berlalu dengan masa dan saya rasa apa yang saya fikirkan untuk tulis tue, dah lapok untuk dikongsi di sini.
Menulis kerana...
Yang sebetulnya, saya terpanggil untuk menulis ini atas satu perkara yang saya rasa sangat2 lah penting sebenarnya.
= BOIKOT
Sebenarnya, sejak seminggu lepas rasa nak tulis pasal nie. Tadi, terbaca dekat blog favorite pasal boikot. Terus perasaan membuak2 untuk menulis.
Sedih, pilu dan geram..
Saya masih ingat, masa mula2 Palestine diserang Israel, ramai orang yang mendapat kesedaran untuk memboikot barang2 Israel termasuk diri saya sendiri walaupun dah lama dengar orang suruh boikot. Dan saya masih ingat, masa saya call adik saya di rumah n kempen dia suruh boikot barang2 Israel, dia dengan bangga mengatakan yang dia juga memang tengah berusaha memboikot. Lagipun, dekat U nie, memang orang sibuk berkempen suruh boikot, tambah adik saya. Dalam hati saya, gembira bukan kepalang. Alhamdulillah, at least, bila saya balik ke Malaysia nanti, tak ada laa susah sangat nak cakap kat family suruh boikot. Yelaa, kadang2, paling susah nak tegur ialah family sendiri. Adik saya siap cerita yang dekat shopping mall kat tempat saya nie, KFC n MC' D memang sangat kurang orang. Boleh tengok perbezaan dari hari2 biasa. Saya senyum sorang2 jer bila dengar. Adik saya siap berseloroh yang dia dah tak pergi Mc'D, dia pergi kedai Mak Bee, dia dah tak pergi KFC, dia pergi YFC(Yati fried chicken). huhu...
Sekarang saya dah 2 minggu pulang ke Malaysia dan dah 2 3 buah pusat membeli belah yang saya kunjungi. Hati saya rasa sedih, pilu dan geram bila tengok, kedai2 yang sepatutnya diboikot dah pulih kembali dengan kunjungan pelanggan2 yang ramai. Mana semangat korang yang ingin boikot dulu? Ker orang2 kat Palestine tue dah menang dan tak hidup sengsara dah? (emo plak saya) Tapi, memang tue yang saya fikirkan melihat orang boleh dengan senang hati berbelanja di kedai2 yang tersebut. Sampaikan adik saya sendiri, bila sebut pasal boikot sekarang, dia boleh jawab kat saya, alaaa... kalau orang beli, kakak makan jugak... Ya Allah, geramnya saya.
Punyalah hati saya merajuk, saya cakap kat diri saya sendiri, biarlah orang2 nie tak nak boikot, asalkan aku teruskan. Tak boleh!!! saya nak ajak korang semua untuk teruskan boikot ini!!!
Kalau korang rasa2 x ingat, nie saya letak balik sebahagian jenama2 yang perlu diboikot.
Selagi kita boleh boikot, kita boikotlah. Kita cuba sedaya upaya untuk berkongsi penderitaan orang2 di Palestine sana. Nak berjihad di sana, lagi lah susah untuk dibuat. At least, dengan memboikot ini, kita tunjukkan yang kita juga prihatin dan berkongsi penderitaan mereka di sana juga menunjukkan yang kita benci apa yang di buat oleh Israel terhadap saudara2 kita di sana. Mungkin ada sesetengah produk yang tak ada jenama lain selain yang perlu diboikot dan kita sangat2 perlukannya. Kalau macam tue, tak apa laa... tapi, gunakan sebaiknya untuk tegakkan agama kita. Saya suka untuk copy article yang saya jumpa di internet.
Kita tak mati kalau tak makan or beli barang2 yang diboikot, tapi orang2 di Palestine akan mati kalau kita tak memboikot...
Janganlah kita jadi orang yang hangat2 tahi ayam saja... Dulu bersemangat, sekarang dah luntur dan hilang entah ke mana semangat itu...
Janganlah kita jadi orang yang hangat2 tahi ayam saja... Dulu bersemangat, sekarang dah luntur dan hilang entah ke mana semangat itu...
Pesanan di atas, of course untuk diri saya sendiri dulu.
~Wallahua'lam~