Salam w.b.t...


Esok, perjalanan kembara ilmu bermula... rasa excited! tapi, excited tue bknlah sbb nak berjalan2 sangat, tapi sebab nak jumpa kekasih2 hati saya... (^_^)



Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Al-Mulk [67:15]




* (Nak upload gambar kekasih2 hati saya, tapi, internet lambat plak... nanti dah ok, insyaAllah, saya try lagi)


~Wassalam~


Bismillahirrahmanirrahim...


Salam w.b.t...


Niat untuk menulis, setiap hari saya tanam. Tapi, ntah laa, skill menulis saya makin pudar (walaupun sebenarnya, bukanlah pandai sangat menulis). Nak susun ayat pun macam tunggang langgang. Agaknya, banyak sangat melagha kot. hehe...


Belajar Memandu Semula


Sebelum balik malaysia hari tue, memang ada tanam azam untuk belajar memandu sekali lagi. Kalau nak tahu, saya nie, lesen dah dapat. Lesen besar lagi. Tapi, tak berani2 lagi nak memandu. Bila pergi Ireland hari tue, tengok sisters kat sana.. fuh! terer betul diorang nie memandu! rasa tercabar laa gak... badan kecik2 jer, tapi, hebat betul diorang nie. Balik malaysia pun, ramai juga yang boleh memandu...Rasa jeles nie lah yang buat saya makin bersemangat untuk belajar memandu. InsyaAllah, saya masih berusaha. (^_^) Nak juga menjadi da'i yang serba boleh macam diorang nie... (^_^)


Travelog Seorang Da'i


Bercakap pasal da'i yang serba boleh nie, saya nak kongsi buku yang saya tengah baca sekarang, "Travelog Seorang Da'i" tulisan Abdul Rahman Mohamed, seorang pendakwah di Singapura. Buku ini terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Saya jumpa buku nie kat kedai buku Popular (masa duk rewang2 cari buku). Buku nie, menceritakan perjalanan hidup Ustaz Abdul Rahman sebagai seorang pendakwah. Menarik baca buku beliau. Banyak yang boleh kita ambil sebagai iktibar dari kisah hidup beliau nie.




Saya nak petik satu perkara yang beliau ceritakan dalam buku ini: cerita bagaimana dia tidak disukai di kalangan ahli jawatankuasa masjid kerana mereka berasa dengki. Sebenarnya, memang perkara macam nie selalu berlaku di kalangan masyarakat kita sekarang. Ini semua berlaku sebab pekerjaan itu tak dilakukan dengan ikhlas hati tetapi hanya nak menunjuk2 atau nak lebih dari orang lain. Hurmm... kalau kita semua ikhlas, semua perkara pun, insyaAllah berjalan lancar, tiada rasa sakit hati antara satu sama lain dan semua orang pun berlapang dada. (^_^)

Seorang ustaz pernah berkata dalam ceramahnya:

Tips untuk mengurangkan beban diri ialah ikhlas dalam apa jua yang dilakukan.

Moga kita sama2 lebih mengikhlaskan diri kita dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah. (^_^)

-Moga Bermanfaat-

Wallahua'lam...

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim