Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua? Yang paling penting, apa khabar iman kita? Soalan kedua ini, saya tujukan kepada diri saya sendiri dan korang semua. Layak ker saya nak tanya iman korang? bagus sangat ker saya nie? Tak, bukan macam tue... bila kita saling bertanya iman kita, saya rasa, kita lebih nak tingkatkan iman kita. Bila kita dengar cerita sahabat2 yang berkobar2 untuk beramal dan bekerja kerana Allah, kita sepatutnya rasa kagum dan ingin turut sama merasa ke"best"an perasaan tue. Contohnya: Ada seseorang tue, dia rasa sangat down hari tue, dia rasa semangat dia untuk beramal semakin menurun. So, dia tanya sahabat2 dia dengan harapan dia dapat pulihkan semangat dia dan tambahkan iman dia. Bila dia dengar cerita sahabat2 dia yang berkobar2 buat itu ini, dia turut sama merasakan perasaan yang best tue.

Di samping tue, kita sama2 saling ingat mengingatkan. Mungkin, dengan soalan kita itu, ada yang tersedar dari mimpinya. Korang nampak tak sekarang yang soalan ini bukanlah untuk menyatakan "aku rasa aku punyer iman paling tinggi dan aku rasa layak untuk tanya dan tegur korang".


Bercerita pasal iman nie, saya ada satu cerita best nak dikongsikan. Mungkin ada yang dah pernah dengar atau baca cerita ini. Saya ambil cerita nie dari blog kawan saya. Harap2, kawan saya halalkan ya saya copy cerita nie sebab saya try hantar komen kat blog dia, tapi tak dapat. huhu...


Baca sampai habis tau! (^_^)


Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habisentah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku .


Dah habis Baca? Best tak cerita nie? Secara jujurnya, masa saya baca cerita ini, saya buat reflection kat diri sendiri. Rasanya, ada banyak perkara dalam jabatan 'kiri" yang masih ada dalam diri saya. Ya Allah, takut rasa bila baca cerita nie.

Satu lagi point yang saya dapat dari cerita ini ialah jabatan iman dan jabatan dosa memang tak boleh bekerjasama langsung. Tiada jalan tengah antara dua jalan ini.



Quote balik kata2 Incek Iman "Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.."

Kalau kita hayati kata2 Incek Iman ini, dalam bab Islam dan Jahiliyyah, memang kita tak boleh pilih separuh2, kita kena tinggalkan salah satu. Kalau kita nak pilih jalan 'kiri' iaitu jahiliyyah sebab kita rasa kita masih banyak masa untuk kembali kepada jalan Islam, kita sama2 kena fikir2kan balik sebab takut2, kita tak jumpa dah jalan 'kanan' itu. Mintak2 dijauhkan... Moga kita sentiasa di guide oleh Allah.

Dalam al-Quran pun, Allah ada berfirman:
"Wahai orang2 yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" [Al-Baqarah:208]

Allah suruh kita masuk Islam secara kaffah (keseluruhan). Bermakna, tinggalkan semua jahiliyyah yang bersarang dalam diri kita. Tapi, saya rasa dalam diri saya masih banyak jahiliyyah yang melekat. :'( Banyak kali cuba kikis, tahanlah beberapa ketika, kemudian datang balik. Ya Allah, tu sebabnya, kena selalu tanya khabar Incek Iman
.

So, saya dan korang semua,

Sama2lah kita saling bertanya iman masing2! (^_^)

~Wallahua'lam~
MOGA BERMANFAAT
Salam w.b.t...

Apa khabar kita di hari pertama berpuasa? (^_^)

Saya sebenarnya, nak kongsi sesuatu...

Saya ada letakkan lagu Harapan Ramadhan by Man Bai dan Raihan. Saya letakkan lagu tue, bukanlah semata2 kerana bulan Ramadhan dah tiba, tapi, saya sangat suka dengan lirik lagu tue sejak mula2 lagu tue dimainkan di tv suatu masa dulu. Lirik dia amat2 menyentuh hati. ok, saya share dulu lirik lagu dia:

p/s: baca dengan hati k! (^_~)


HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
KU memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Kalau dihayati lirik ini, ianya satu luahan hati yang sangat2 mendalam dari seorang hamba-Nya yang mengharapkan keredhaan dari Tuhan. Subhanallah. Sangat2 sayu hati.


Haa, berapa banyak perkataan hati daa yang nak disebut. Yelaa, sebab perasaan tue datang dari hati. Orang yang tak mempunyai hati, umpama robot. Robot yang buat sahaja apa yang dah diprogramkan tanpa mengira perasaan orang lain atau perasaan diri sendiri.

Kita kena sentiasa jaga hati kita sebab takot2 hati kita jadi keras macam batu. Bahaya tuh! yang paling bahaya bila hati kita keras n tertutup untuk memahami ayat2 Allah. Na'udzubillah.


" Dan di antara mereka ada yang mendengarkan bacaanmu (Muhammad), dan Kami telah menjadikan hati mereka tertutup (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan telinganya tersumbat. Dan kalaupun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mahu beriman kepadanya" [Al-An'am:25]


Saya tutup post nie dengan lagu "Jagalah Hati" dari Snada.




~Moga Bermanfaat~



Wallahua'lam



Edited...


Salam w.b.t...

Perasaan saya saat ini... gembira ingin menyambut bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan.


Kejap lagi, insyaAllah, ummat Islam dapat tunaikan solat terawih pertama untuk bulan Ramadhan tahun ini. Jom sama2 solat terawih! (^_^)

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan2
yang lepas.


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia!



BIENVENUE RAMADHAN!

(^_^)


Salam w.b.t...

Hehe... sejak blog berwajah baru nie, 'ter' rajin plak update blog. huhu...

Untuk pelajar2 kat Oversea, untunglah sapa2 yang balik Malaysia bulan2 macam nie... MUSIM BUAH! Wah, banyak sangat buah2an tempatan yang best2! Durian, manggis, rambutan, mata kucing, etc... Seronok menikmati buah2an tempatan kita dengan harga yang murah. Kadang2, tak payah beli pun. Ada saja orang yang bagi.
(^_^) Ada seorang kawan saya nie, sampai kena food poisoning sebab makan buah2an banyak sangat. heehee... makan berpada2 ek guys! (^_~)
Kat Oversea tue, bukannya tak ada, cuma, harganya berkali1000x ganda mahalnya! dan buahnya dah tak berapa fresh.

Tapi, kadang2, rindu jugak nak makan buah2an 'import' nie. huhu... Macam kiwi, strawberi, anggur, etc... Bukan kat Malaysia tak boleh makan, cuma harganya, mahallah sikit. Haa, kes terbalik dengan yang kat atas. hehe... Tadi, bukak blog someone kat oversea, diorang makan strawberi coklat. Teringat hari tue, beli satu set (yang ada 3 batang lidi) buah2an salut coklat dengan harga RM10! adoi, terasa mahalnya nak makan fruit choc nie... huhu... Kalau buat sendiri, sure lagi murahkan? ngee~

Kalau kat France, selalu jer buat sendiri apa2 yang kitorang rasa nak makan, Maklumlah, kat France nie, susah jugak nak dapat makanan yang persis selera kita. hehe...

Eh, apsal cerita pasal buah2 plak nie?

Sebenarnya, buah2an tue, hanyalah analogi yang tiba2 terlintas kat kepala saya. Ada 2 points yang saya nak ceritakan kat sini sebenarnya.

1~
Korang perasan tak, situasi kat Malaysia dan kat Oversea nie, ada pros and cons nya. Saya selalu fikir, bestnya duduk kat France nie, rasa macam tak nak balik. Bukanlah saya lupa diri ker apa, cuma, kat sini, saya rasa Islam tue lagi dekat ngan saya. Yang tak bestnya, cuma tak dapat nak solat secara terbuka kadang2 ada masalah dengan tudunglah, itulah, inilah... Kalau kat Malaysia plak, senang nak amalkan ajaran Islam, kalau pergi mana2, insyaAllah, ada tempat untuk solat. Kalau time belajar, ada waktu diperuntukkan untuk solat. Tapi, disebabkan kesenangan2 ini, kadang2, kita lupa nak appreciate kelebihan2 tue.
Kita rasa benda tue semua normal bukan special. Sedihnya kan?

2~
Saya ada mention kan yang banyak makanan yang kitorang (kat France) nak, kitorang buat sendiri... Sebenarnya, saya suka situasi nie. Walaupun susah, disebabkan keinginan yang tinggi, kitorang cuba jugak buat walaupun kadang2 tak cukup bahan. Kadang2 bahan ada, tapi tak halal pulak. Kalau kat Malaysia, just name it, tentu ada saja dijual kat kedai2. Ini semua ajar kita untuk lebih berdikari. Berdikari bukan sahaja dalam nak dapatkan makanan yang kena dengan tekak kita, tapi juga, berdikari dalam menguruskan hidup (semua benda kena buat sendiri),
berdikari dalam memastikan yang kita semakin dekat dengan Islam, bukan semakin jauh... Sebab kat Oversea, jarang sekali orang kisah dengan apa yang kita buat. Nak solat@ tak nak, nak puasa@tak nak, nak minum arak@tak, nak buat maksiat@tak... C'est toi qui decides! (It's up to you!) Kalau ada kawan2 kita di sana yang nasihatkan kita, kita patut rasa sangat bersyukur, bukannya melenting sebab kita rasa dia nie penyibuk. Orang melayu selalu kata, jangan sibuk jaga tepi kain orang. Tapi, dalam Islam, kita patutnya sibuk jaga tepi kain orang. Sebab kalau kita tak sibuk nasihat diorang, kita yang akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. Na'udzubillah...

Moga kita terus menjadi orang yang "penyibuk". Dalam kita menyibuk, jangan pulak kita yang buat perkara tue. Sebab Allah dah warning dalam firmanNya dalam surah
As-Saff[61:2-3] Tetiba, rasa sangat takut pulak! Takut saya tak buat apa yang saya kata.... Ya Allah, kalau aku silap, betulkanlah aku... kalau aku lupa, ingatkanlah aku, Ya Allah...


Moga kita jadi orang yang ditarbiyyah dan mentarbiyyah orang lain. InsyaAllah...


~ Wallahua'lam~


M.O.G.A.B.E.R.M.A.N.F.A.A.T


* Saya besarkan sikit tulisannya, sebab post2 b4 nie nampak macam kecik sangat. Tak gitu?


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t

Amacam dengan layout baru blog saya nie? hehe... Tak jawab pun tak apa. huhu... Saya pilih yang ini sebab dia nampak ceria. Sememangnya saya sukakan warna-warni but soft. huhu... Actually, nie bukanlah pilihan utama saya. Tapi, nak buat macam mana, yang saya suka itu, cantik tapi terlampau serabut.

Kalau korang nak tahu, ini template ke berapa ntah yang saya cuba. Saya bukak berpuluh2 page untuk cari layout yang saya betul2 puas hati. Barulah saya tahu yang saya nie cerewet jugak ek. hehe... Jumpa yang berkenan, x kena itulah, jumpa yang lain plak, tak kena ini lah... Akhirnya, jumpa yang ini. Walaupun saya sebenarnya, tak 100% puas hati, kira ok lah. Mana ada benda perfect kan? hehe... Saya tak puas hati satu jer dengan layout nie, saya tak boleh tulis "Saya Orang Dagang" besar2 kat atas tue... :( sedih betul... so, terpaksa tulis kat tepi jer...


Disebabkan saya baru tukar wajah blog saya menjadi ceria, saya letakkanlah juga lagu yang ceria mengiringinya. (^_^)



* Moga hari esok lebih baik dari hari2 sebelumnya! (^_^)


~Wassalam~
Bismillahirrahmanirrahim...

Di dalam kapal terbang di siang hari yang indah...

Situasi pertama:

Ya Allah, indahnya awan nie! macam kapas2 yang lembut untuk disentuh. Hebatnya Allah dapat cipta awan2 ini yang boleh berdiri sendiri tanpa tiang. Ya Allah, kecilnya aku nak dibandingkan awan2 ini. Rasanya, kapal terbang nie dah besar, tapi, alam ciptaan Allah lagi besar! Dan Allah... Allah Maha Besar! Allahuakbar!

"Rabbana ma khalaq tahaza bathila, subhanaka fakina 'azabannar" [3:191]

Ya Allah, betapa kerdilnya hamba-Mu ini, namun, kau masih bagi perhatian kepada hamba-Mu ini dengan limpahan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah... Tapi, sikit sekali hamba-Mu ini bersyukur... Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini.... :'(

"Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikit pun?"
[Qaf:6]


"Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (tunduk kepada Allah)" [Qaf:8]



Situasi kedua:

Cantiknya awan! putih bersih dan cantik susun aturnya...
(kapal terbang melanggar awan...) eh...eh... Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... Ya Allah, betapa hebatnya ciptaan-Mu... nampak lembut untuk disentuh, tapi, berlanggar dengan kapal terbang yang besar ini, bergegar juga kapal terbang... Ya Allah, kalau Kau inginkan kapal terbang ini jatuh, tentu ia sudah jatuh... Ampunilah dosa2 hamba-Mu ini Ya Allah... Selamatkan kami semua yang berada di atas kapal ini Ya Allah...
Genggaman tangan semakin kuat, mata dipejam rapat, mulut terkumat kamit menyebut nama-Mu...


"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami wujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" [57:22-23]


"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan" [Ar-Rahman:28-29]



Tak rasa rugikah kita kalau tak berdoa kepadanya???


~Wallahua'lam~
Bismillahirrahmanirrahim...

Salam w.b.t...

Ya Allah, sangat susah untuk memahamkan seseorang terutama melibatkan sesuatu yang dia dah biasa lakukan. Untuk fahamkan sahaja dah sangat susah, ini pula untuk mengubahnya. Sudah banyak benda yang halal diharamkan dan banyak juga benda haram yang dihalalkan. Sehingga masyarakat jadi keliru, ada juga yang tak tau pun benda yang dilakukan itu salah. Sebab itulah Allah sebutkan di dalam al-Quran, adanya ummat pertengahan.

" Dan demikianlah pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) 'ummat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu... [Al-Baqarah: 143]

Bukan senang. Dan tiada benda yang senang di dalam dunia ini. Tapi, perkara ini perlu dilakukan dengan penuh hikmah tanpa mengguris hati sesiapa pun + membuat manusia faham.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk" [An-Nahl:125]


Ya Allah, mampukah aku???
Bantulah hamba-Mu ini... janganlah Kau bebani aku dengan sesuatu yang aku tak termampu lakukan. :'(


~Wallahua'lam~
Bismillahirrahmanirrahim...


Salam w.b.t...


Hari tue, masa saya dan kawan2 berjalan2 di Brunei, kami cukup kagum melihat di tepi2 jalan raya banyak papan tanda hijau yang tertulis zikrullah. Terasa ke'izzah' an Islam di situ. Sultan Brunei sendiri mengisytiharkan Brunei sebagai negara Zikrullah. Wah, sangat indah! Rasa nak tinggal kat Brunei pulak. hehe...


Semalam masa dalam perjalanan ke rumah kawan saya, saya ternampak papan tanda yang serupa dengan papan tanda di Brunei. Iaitu papan tanda yang tertulis zikir2 Allah. Cuma, ia agak tersorok dek daun2 pokok. huhu... Terus terlintas kat fikiran saya, a'aa laa... kat Kelantan banyak jer papan2 tanda macam nie. Aku jer yang tak berapa ambik tau dulu... Bila cakap ka kawan saya, dia pun kata yang dah lama dah ada kat Kelantan nie... hurmmm... rasa insaf plak sekejap...

Kenapa rasa insaf?

Sebab tak "cakna"(kata orang kelantan), tak ambil tahu sangat pasal tempat sendiri. Sibuk tengok negara orang. Rasa banyak benda best kat negara orang. Memanglah Malaysia banyak masalah sosialnya, tapi, kalau bukan rakyatnya sendiri yang mengubah, siapa lagi... Nie laa orang kata, semut seberang laut nampak, gajah depan mata, kita buat derkk aja... (eh, betul ker peribahasa saya nie? hehe). Usaha2 orang2 tertentu dah ada untuk kita sama2 mengingat Allah. Tinggal kita saja yang nak ubah diri kita untuk lebih dekat dengan Allah, tak kira di mana kita berada. Kadang2, bila kita di jalan raya nie, kita lupa nak sebut nama Allah. Mungkin sebab itulah kemalangan jalan raya sangat2 banyak. Mengikut cerita sahabat saya di Brunei, kerajaan letak papan2 tanda zikrullah tue, sebab banyak sangat kemalangan berlaku kat jalan2 tue. So, itu satu usaha untuk beri peringatan kepada pemandu supaya lebih berhati2. Bila kita mengingati Allah, Allah akan ingat kita. InsyaAllah, Allah akan 'jaga' kita. (^_^)


So, sebelum naik kenderaan tue, marilah kita sama2 mulakan dengan basmallah. Sebelum mulakan perjalanan, bacalah doa naik kenderaan. Supaya kita sentiasa di bawah perlindungan Allah selalu.

"Subhanalladzi sakh kharalanaa haa dza wamakunnaa lahu mukrinin, wainnaa ilaaa rabbinaa lamunqalibun"

"Mahasuci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami"

[Az-Zukhruf:13-14]


~wallahua'lam~

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim