Assalamualaikum w.b.t...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T sebab finally, dapt jugak saya aktifkan balik blog saya nie. (setelah b’minggu2 pikir utk smbung balik). Actually, dah lama saya berhenti menulis blog nie... setengah jalan jer sbb saya tak ISTIQAMAH ! huhu... yelaa, nk istiqamah nie bkn senang sahabat2 ku.


Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Abu Juhaifah r.a. dikemukakan bahwa
para sahabat berkata:

"Wahai Rasulullah, kami melihat anda sungguh telah beruban!"
Rasulullah saw. bersabda Surah Hud dan beberapa surah sebangsanya (telah
menyebabkan aku beruban)".

Dalam suatu riwayat lagi,


Ibnu 'Abbas r.a. mengemukakan:

Abu Bakar r.a. berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh anda telah beruban!'
Rasulullah saw. bersabda: "Surah Hud, surah al-Waqi'ah, surah al-Mursalat, surah Amma yatasa'alun dan surah Idzasy-Syamsu Kuwwirat, menyebabkan aku beruban"


Sahabat2 rasa apa maksud Rasulullah ? hurmm...


Cuba kita tgk Surah Hud, ayat 112:

“ Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” [11:112]

Yang saya highlightkan dgn wrna hijau tu: tetaplah, dalam bhs arab, “fastaqim” yang juga b’maksud, “Istiqamah”.

Kenapa agaknya sbb word “tetaplah/ istiqamah” m’buatkan Rasulullah b’uban? Sbbnya, istiqamah tue satu bnda yang susah. Macam yang saya bgtau tadi. Hehe.


Tapi, insyaAllah, kali ini saya cuba utk istiqamah dalam berkongsi dgn anda semua. Hehe.. Dan apa yang nak saya sajikan bknlah sekadar kehidupan harian sahaja... klau boleh, saya nak kongsi dgn sahabat2 semua, ilmu2 yang b’manfaat utk kita. (^_^)

Mesti pembaca nak tau, kenapa saya pilih « Saya orang Dagang » as nama blog saya kan? Bukan sbb saya nk b’dagang, tp, sebab, saya tertarik sgt dgn satu hadith ini:


Rasulullah SAW bersabda:

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim

Saya suka dgn hadith kat atas sbb saya rasa, jika kita dapat jadi org dagang yang Rasulullah maksudkan, betapa b’untungnya kita nie. DAN SAYA INGIN MENJADI ORANG DAGANG ITU! (^_^) Yelaa, bila saya berada di bumi asing ini, byk yang saya pelajari tentang agama saya yang syumul ini. Kalau kat France nie, kat certain2 tempat, org2 French ada yang pandang pelik tgk kita yang pakai tudung nie. hurmm.. tue laa dugaan. Tapi, bila diorang pndang pelik, lagi laa saya nak tnjukkan yang saya nie, manusia macam korang jugak, Cuma saya b’tudung sbb saya b’agama islam dan pencipta saya perintahkan saya pakai tudung. So, pandang laa saya mcm mana pun, saya x gerun! (huhu.. t’semangat plak)

InsyaAllah, saya berhenti kat sini dulu utk muqaddimah blog saya nie. Saya akn cuba sajikan sahabat2 dgn hidangan yang enak2 klau diizinkan-Nya. Untuk tutup post kali nie, nk share satu ayat Al-Quran utk renungan b’sama :

“Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” At-Taubah [9:105]

à Usaha yang Allah tgk, bkn hasilnya. Maka, sahabat2ku, terus berusaha, jgn putus asa, ok? (^_^)

p/s: to all pembaca, jgn segan2 bagi komen2 yg m’bina utk saya p’baiki mutu blog sy dari masa ke semasa coz saya budak baru blaja, klau salah, tlg tnjukkan. (^_^)

~Salam Ukhuwah~

9 commentaires:

AISHAH roslan a dit…

salam. ahlan wa sahlan ;)

Anis Liyana a dit…

hehe... jzkk ya ukhti...

Anonyme a dit…

Salam ukhwah fillah fil al ardu blogging. Hehe, betul ke cik maman? Kalau salah minta tolong betulkan kay!!

Akak sangat² suka ngan title blog ini. ye, kitelah umat yang didescribekan Rasulullah itu. KIte fait partie des orang dagang walaupon orang² yg x embrace islam yang dagang sebenarnye sebab mereka yang lari dari sunnatullah yang Allah dh susun cantik² utk mereka.

hehe..jarang nmpak awak menulis panjang². This will be my biggest opportunity. Fastaqim!!..fastaqim not seul but with us. Always n forever

Anis Liyana a dit…

Salam k'tuna...
saya pun x tau btul ker x... x power lagi ckp arab... hehe...
Act, bwat nasi dagang ari tue, n borak2 ngan nini n aishah... tetiba t'ingt kat hadith nie... so, apa lagi... title 4 my blog laa! hehe...

jap k'tuna...
"hehe..jarang nmpak awak menulis panjang². This will be my biggest opportunity"
idak ku phm apa mksud k'tuna yg sbnrnyer... huhu... (lmbt skit)
Leh terangkan?huhu...

Anonyme a dit…

blognya keren

Anis Liyana a dit…

to anonyme: jzkk... =)

Hilal Asyraf a dit…

Assalamu’alaikum,


izinkan saya berbicara.

Selepas membaca apa yang kamu tulis, izinkan saya menegur bahawa apa yang dinyatakan bahawa Rasullah SAW beruban kerana memikirkan fasal istiqomah adalah satu perkara yang silap.

Harap dapat diperhatikan semula.

Mari sama-sama kita perhatikan hadith2 berikut:

“Aku tidak mendapatkan lebih dari empat belas lembar uban yang tumbuh di kepala dan jenggot Rasulullah saw.” RIwayat Bukhari dalam Bab Keutamaan.

Pertama, uban Rasulullah SAW sangat sedikit. Didapati, semasa kewafatan baginda, lembar uban pada rambut dan janggut baginda tidak lebih dari 20 helai.

Seterusnya kita perhatikan hadith2 berikut pula:

Dalam suatu riwayat, Ibnu ‘Abbas r.a. mengemukakan:

Abu Bakar r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh anda telah beruban!’

Rasulullah saw. bersabda: “Surah Hud, surah al-Waqi’ah, surah al-Mursalat, surah Amma yatasa’alun dan surah Idzasy-Syamsu Kuwwirat, menyebabkan aku beruban”. Hadith ini terdapat di dalam Sunan Tirmidzi

(Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al-A’la,dari Mu’awiyah bin Hisyam, dari Syaiban, dari Abi Ishaq, dari Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.).

Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Abu Juhaifah r.a. dikemukakan bahwa para shahabat berkata:

“Wahai Rasulullah, kami melihat anda sungguh telah beruban!”
Rasulullah saw. bersabda Surah Hud dan beberapa surah sebangsanya (telah menyebabkan aku beruban)”.

(Diriwayatkan oleh Sufyan bin Waki’, dari Muhammad bin Basyar, dari ‘Ali bin Shalih, dari Abi Ishaq, yang bersumber dari Abi Juhaifah ra)

Baik, beerdasarkan hadith2 yang telah saya lampirkan, di sini kita lihat betapa Rasulullah SAW tidak beruban kerana memikirkan kesukaran manusia beristiqomah. Tetapi ubannya adalah kerana beratnya isi2 surah yang telah diturunkan tadi, yang mana membincangkan azab2 kaum terdahulu, hari kiamat dan sebagainya.

Bukan semata2 satu ayat di dalam Surah Hud, membuatkan Rasulullah SAW beruban.

Di ini kita perlu perhatikan ya, jangan kita pantas mentafsirkan sesuatu keadaan itu begitu sahaja. Ya, istiqomah memang penting. Tetapi janganlah kita katakan tanpa asbab yang kukuh, Rasulullah SAW beruban kerana memikirkan istiqomah manusia.

~seorang hamba…

Hilal Asyraf

Anis Liyana a dit…

Salam w.b.t...

Jzkk atas teguran yang saudara utarakan dan penjelasan yg saudara berikan.

Quote blk kata2 saudara:

1) "Baik, beerdasarkan hadith2 yang telah saya lampirkan, di sini kita lihat betapa Rasulullah SAW tidak beruban kerana memikirkan kesukaran manusia beristiqomah. Tetapi ubannya adalah kerana beratnya isi2 surah yang telah diturunkan tadi, yang mana membincangkan azab2 kaum terdahulu, hari kiamat dan sebagainya."

--> terima kasih atas penjelasan ini, yg saya sendiri kurang arif. :) perlu blaja lbh byk lg... :)

2) "Bukan semata2 satu ayat di dalam Surah Hud, membuatkan Rasulullah SAW beruban."

--> saya x mengatakan hnya surah nie yg buat Rasulullah beruban sbb saya ader mention dlm entri sy hadith yg berbunyi:

[Ibnu 'Abbas r.a. mengemukakan:

Abu Bakar r.a. berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh anda telah beruban!'
Rasulullah saw. bersabda: "Surah Hud, surah al-Waqi'ah, surah al-Mursalat, surah Amma yatasa'alun dan surah Idzasy-Syamsu Kuwwirat, menyebabkan aku beruban" ]

Cuma, harituh, saya ada tadabbur ayat dr surah Hud, tue yg saya buat contoh Surah Hud tue... :)

mngkin penerangan saya kurang jelas n akn mengelirukan org yg membaca...

Apapun, terima kasih atas teguran yg membina. :D

Anonyme a dit…

FarFopeKentee
[url=http://healthplusrx.com/gotu-kola-facts]gotu kola facts[/url]
ReedZoore

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim