Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Tadi, dalam x tau nak buat apa, laju jer tgn saya klik kat blog2 orang lain. Salah satu blog yang saya baca cerita pasal jumlah ummat Islam yang lebih ramai dari Kristian. Blog tue in french. Ramai laa yang bagi komen, syukur sebab ramai manusia yang sedar n menganut agama islam. Tapi, dalam article tue ada bagitau juga yang ummat islam nie ramai sebab anak orang islam ramai, orang Krisitan sikit sebab anak diorang sikit. Maknanya, dapat agama Islam dari parents diorang laa. So, diorang pun Islam laa jugak.


Persoalannya, kita patut rasa bangga ke dengan jumlah kita yang ramai nie?


(Apa punya soklan laa kau bagi nie! mestilaa bangga sebab kita ramai!)


Tapi, semua ummat Islam ker yang betul2 ikot ajaran Islam? Yang buat sesuatu berlandaskan al-Quran dan Sunnah?



Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi S.A.W menjawab,

"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' ".

Seorang sahabat bertanya,

"Apakah wahan itu hai Rasulullah?

Nabi kita menjawab,

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(Riwayat Abu Daud)

Kalau tengok hadith Rasulullah nie, n tengok ummat zaman sekarang... x syak lagi. Terbukti bahawa ramai kita, ramai yang sia2. Mudah termakan tipu daya orang kafir.


Firman Allah:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka..." [Al-Baqarah:120]


Keliling kita nie, penuh dengan budaya Barat, bukan penuh dengan budaya Islam. Sedihnya...


Even, bila ummat Islam ditindas pun, ummat Islam yang kat tempat lain x mampu nak tolong...


So, jom laa kita sama2 berusaha untuk jadi batu-bata yang kukuhkan rumah. Dan bukannya buih2 di lautan yang tenggelam timbul.


Apa yang saya tulis nie, bukan untuk korang saja, tapi ingatan untuk diri saya sendiri yang mudah lupa ini. So, kita kenalah saling ingat mengingatkan antara satu sama lain sebab manusia/insan sangat pelupa.

If x silap, maksud insan yang sbnr2nya dalam word arab adalah pelupa.


Anis Liyana: Adeq, teringat perbualan kita hari tue pasal penyakit wahan. Misshhh U! =D


2 commentaires:

Anonyme a dit…

salam.

dulu-dulu, bila dgr umat islam ramai di dunia, rasa bangga lah jugak.

pastu lama-lama, makin tak ada perasaan.

hari tu, kelas communication, prof kata, bilangan kristian di france lebih byk dari umat islam. tapi, pratiquant islam lebih byk drpd pratiquant kristian.

tiens.
tiba² hati berbunga, waktu tu.

tapi, cpt² istighfar. moga, diri tidak terlupa dan terus istiqamah, amin..

Anis Liyana a dit…

Alhamdulillah kalau cmtue...
kalau kita tgk org2 Islam kat sini, rmai jugak yg pratiquant kan...
Moga2, kita semua sedar...

(x tau laa fan phm ker x. rasa cm ayat x t'susun.huhu... Sbb ati kat bnda lain... [mode: b'pikir])

About

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim