Salam w.b.t...
Hari tue, masa saya dan kawan2 berjalan2 di Brunei, kami cukup kagum melihat di tepi2 jalan raya banyak papan tanda hijau yang tertulis zikrullah. Terasa ke'izzah' an Islam di situ. Sultan Brunei sendiri mengisytiharkan Brunei sebagai negara Zikrullah. Wah, sangat indah! Rasa nak tinggal kat Brunei pulak. hehe...
Semalam masa dalam perjalanan ke rumah kawan saya, saya ternampak papan tanda yang serupa dengan papan tanda di Brunei. Iaitu papan tanda yang tertulis zikir2 Allah. Cuma, ia agak tersorok dek daun2 pokok. huhu... Terus terlintas kat fikiran saya, a'aa laa... kat Kelantan banyak jer papan2 tanda macam nie. Aku jer yang tak berapa ambik tau dulu... Bila cakap ka kawan saya, dia pun kata yang dah lama dah ada kat Kelantan nie... hurmmm... rasa insaf plak sekejap...
Kenapa rasa insaf?
Sebab tak "cakna"(kata orang kelantan), tak ambil tahu sangat pasal tempat sendiri. Sibuk tengok negara orang. Rasa banyak benda best kat negara orang. Memanglah Malaysia banyak masalah sosialnya, tapi, kalau bukan rakyatnya sendiri yang mengubah, siapa lagi... Nie laa orang kata, semut seberang laut nampak, gajah depan mata, kita buat derkk aja... (eh, betul ker peribahasa saya nie? hehe). Usaha2 orang2 tertentu dah ada untuk kita sama2 mengingat Allah. Tinggal kita saja yang nak ubah diri kita untuk lebih dekat dengan Allah, tak kira di mana kita berada. Kadang2, bila kita di jalan raya nie, kita lupa nak sebut nama Allah. Mungkin sebab itulah kemalangan jalan raya sangat2 banyak. Mengikut cerita sahabat saya di Brunei, kerajaan letak papan2 tanda zikrullah tue, sebab banyak sangat kemalangan berlaku kat jalan2 tue. So, itu satu usaha untuk beri peringatan kepada pemandu supaya lebih berhati2. Bila kita mengingati Allah, Allah akan ingat kita. InsyaAllah, Allah akan 'jaga' kita. (^_^)
So, sebelum naik kenderaan tue, marilah kita sama2 mulakan dengan basmallah. Sebelum mulakan perjalanan, bacalah doa naik kenderaan. Supaya kita sentiasa di bawah perlindungan Allah selalu.
"Subhanalladzi sakh kharalanaa haa dza wamakunnaa lahu mukrinin, wainnaa ilaaa rabbinaa lamunqalibun"
"Mahasuci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami"
"Mahasuci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami"
[Az-Zukhruf:13-14]
~wallahua'lam~
7 commentaires:
pelikkan... kita x sedar kita pn ada semua ni sampai kita nampak kt tempat lain..
is it because of ignorance or what.. :)
hehe... mayb... tue yg sy sebok nk baca buku "the book of general ignorance"... eh, ada kena mengena ker? hehe...
btw, aisya... awk ader blog ker?
ape yg keluar bila awk klik itu la dia.. :)
x kuar mslhnyer... huhu... kuar biodata awk jer...
eh ada.. mungkin sy buat private kot.. so x kuar.. :)
ala.. dh bersawang dh pn blog tu.. dh lama x update.. :P
x perlaa... invite laa kita view blog awk... :)
Enregistrer un commentaire